Thursday, April 3, 2014

T-SHIRT DAKWAH








FABRIK
=====

1) Semua T-Shirt Algebra, menggunakan Tetron Cotton Fabric Grade A. Tetron Cotton Fabric ialah satu fabric polimer yang menggabungkan 35% Cotton dan 65% Poliester. Fungsi utama Poliester adalah untuk mengukuhkan fabric cotton.

2) Kebanyakan T-Shirt di pasaran menggunakan 100% Cotton Fabric. Apa kelebihan Tetron Cotton Fabric berbanding 100% Cotton Fabric?* Tetron Cotton Fabric dijamin tidak luntur warna* Tetron Cotton Fabric dijamin tidak berbulu* Tetron Cotton Fabric dijamin tidak mengembang* Tetron Cotton Fabric dijamin tidak mengecut

===========
TEKNIK PRINTING
============

3) Ada tiga teknik printing dalam industri mencetak pakaian iaitu DTG (Direct To Garment), Heat Transfer dan Silk Screen.

4) Teknik printing yang digunakan untuk T-Shirt Algebra ialah Silk-Screening (saring sutera).5) Algebra juga mempunyai kelengkapan untuk menghasilkan dan mencetak design dengan teknik Heat Transfer. Ia akan digunakan untuk design-design yang bersesuaian di masa hadapan

===============
PANDUAN SAIZ Muslim T-Shirts
===============

S - Shoulder 17" Chest 36" Length 26"
M - Shoulder 18" Chest 38" Length 27"
L - Shoulder 19" Chest 40" Length 28"
XL - Shoulder 20" Chest 42" Length 29

- See more at: http://www.misleemuslimshoppe.com

SW SECRET SERUM

Rahsia Kecantikan & Kesihatan Kulit Dengan SECRET SERUM

Berasaskan teknologi yang paling canggih, SECRET SERUM telah membuat penampilan sulungnya sebagai produk anti-penuaan pertama yang dapat merangsang kebolehan badan bagi menambah kembali, menguat dan memulihkan kulit. Serum anti-penuaan yang berkuasa ini akan bertindak pada setiap masa untuk menghidupkan semula kulit anda di samping menetapkan piawaian baru dalam industri ini. SECRET SERUM telah dirumuskan dengan menggunakan formula sel stem dewasa yang dipatenkan secara eksklusif dan mengandungi 200+ jenis faktor pertumbuhan manusia yang mampu mengubah penampilan kulit dengan menambah kembali protein-protein dalam badan, seperti kolagen dan elastin.SECRET SERUM mempunyai vitamin C, vitamin E, Ekstrak KIWI, Alpha-Arbutin & Algisium C yang amat penting untuk kesihatan kulit serta menjadikan kulit lebih putih dan lebih berseri.

1. Dirumus khas dengan menggunakan teknologi yang dipatenkan untuk mengembalikan keserian, kepejalan dan kelicinan kulit untuk LELAKI & PEREMPUAN

2. Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di kulit wajah

3. Mengelakkan prosedur-prosedur kosmetik yang berisiko tinggi melalui penggunaan alternatif lain yang tidak invasif dan kurang agresif

4. Melambatkan proses penuaan

5. Menembusi jauh ke dalam untuk mengembalikan tahap protein kulit

6. Menambah kembali kandungan faktor pertumbuhan dan protein kulit yang akan berkurang seiring dengan pertambahan usia.

7. Bahan semulajadi dan hipoalergenik – tanpa kandungan bahaya seperti paraben, alcohol, fragrance, mineral oil, GMO,Triclosan, Benzophenone.

8. Mengandungi sejenis pemulih kedutan semulajadi yang akan mengekalkan keanjalan dan kepejalan kulit

9. Penggunaan SECRET SERUM setiap hari mampu memperbaiki kerosakan sel kulit, agar kulit kelihatan berseri, licin dan tegang. Selain mengurangkan garis-garis halus dan kedutan secara ketara, formula penjagaan kulit yang paling maju ini juga membawa kesan yang selamat dan luar biasa.

- See more at: http://www.misleemuslimshoppe.com






Thursday, February 4, 2010

ARAH MANA YANG HENDAK DI TUJU?

Satu soalan yang perlu kita beri perhatian adalah, “adakah anda akan mengecapi kejayaan jika sekiranya anda tidak berusaha kearah kejayaan?” Jadi ini bermaksud apabila anda mengusahakan kejayaan, sudah semestinya anda akan memperolehi kejayaan tersebut walaupun terpaksa menempuhi beberapa rintangan, kegagalan sementara sebelum itu.

Adakalanya kita tak sedar yang kita sedang mengusahakan kegagalan. Ini adalah kerana kita tidak yakin dengan usaha yang dilakukan selama ini. Mengapa kita tidak yakin? Puncanya adalah kerana kita tidak melihat kejayaan-kejayaan kecil yang kita telah capai. Kejayaan-kejayaan kecil inilah yang akan memotivasikan kita untuk mencapai kejayaan-kejayaan yang lebih besar sehinggalah apa yang kita hajati tercapai Sebarang perubahan atau pertambahan kecil yang dicapai,ini menunujukkan tanda-tanda kejayaan. Kejayaan-kejayaan kecil haruslah diambil perhatian sewajarnya kerana ini akan menambahkan lagi keyakinan terhadap apa yang anda sedang usahakan.

Tetapkan di dalam hati bahawa apapun rintangan dan halangan yang akan ditempuhi, anda tetap yakin kejayaan akan muncul di dalam hidup anda kerana kejayaan-kejayaan kecil yang telah dicapai. Alangkah ruginya sekiranya anda menyerah kalah sekiranya anda tidak mampu untuk menghadapi rintangan dan halangan setelah melihat kejayaan kecil yang anda telah dicapai. Teruskan fokus anda untuk melihat kejayaan yang lebih besar di hadapan anda.

“Seinci tindakan adalah lebih baik dari sebatu teori.”
-Friedrich Engles

Tuesday, February 2, 2010

MEMBUAT BANYAK PERKARA DALAM SATU MASA

Memang tabiat semulajadi manusia untuk menunjukkan kehebatan atau tamak dalam melakukan semua perkara dalam satu masa. Hakikatnya kemampuan manusia itu ada had dan batasannya. Kalau semua perkara hendak dibuat, yang pasti akan ada yang tak terbuat. Jangan jadi seperti bidalan, “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.” 

Maka marilah kita mengamalkan sikap buat sesuatu perkara itu sampai siap. “Selesaikan satu tugasan yang telah dimulakan.” Dengan menyelesaikan setiap tugasan akan dapat menambahkan keyakinan diri dan dalam masa yang sama imej diri anda akan meningkat.

Fokus anda akan hilang sekiranya melakukan banyak tugasan dalam satu masa. Ingatlah bahawa niat dan tujuan anda adalah amat penting sekali. Tujuan anda adalah untuk mencipta kejayaan, bukannya sibuk untuk mencari nama.Nama anda akan seiring dengan kejayaan yang anda telah kecapi. Yakinlah bahawa dengan kejayaan yang anda kecapi, yang lain akan datang dengan sendirinya.


“Kehebatan sebenar ialah bila anda boleh melakukan apa yang orang kata anda tidak boleh.”
-Walter Bagehot

Friday, January 29, 2010

KEJAYAAN TULIN PERLUKAN UJIAN UNTUK MEGUJI TAHAP KESABARAN


“Gagal” sebenarnya tidak wujud, ianya hanyalah istilah perkataan sahaja. Kegagalan hanyalah satu peristiwa sebelum kejayaan berlaku. Kegagalan sebenar adalah apabila anda tidak melakukan sesuatu perkara yang hendak anda lakukan ataupun anda berhenti melakukan perkara yang anda telah berniat hendak lakukan. 

Katakan anda telah berniat untuk melakukan sebuah perniagaan kedai runcit, semangat anda berkobar-kobar untuk memulakannya tetapi oleh sebab seorang rakan karib anda memberitahu bahawa betapa sukarnya untuk memulakan sesuatu perniagaan dan memberi anda nasihat supaya melupakan sahaja hasrat anda tiba-tiba sahaja semangat anda terus terhenti.


Sebenarnya apa yang berlaku ini adalah anda telah gagal dek kerana ‘nasihat’ rakan karib anda tadi.Saat anda berniat dan percaya yang anda boleh lakukan adalah satu realiti masa hadapan telah tersedia untuk anda. Namun harus diingat bahawa Allah SWT menyediakan sedikit cabaran kepada hambanya sebagai ujian kesabaran anda. Kesabaran itu adalah sebagai kayu pengukur terhadap keimanan anda. Rasullallah SAW bersabda “Sabar itu separuh daripada iman”.

Jangan sesekali menganggap ujian Allah SWT sebagai batu penghalang yang sengaja dicipta oleh Allah untuk menggagalkan usaha murni anda.Harus diingat bahawa ujian yang diturunkan itu adalah sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan dengan membuat pemeriksaan semula ke atas sebarang kekurangan diri. Ujian ini akan memantapkan lagi diri anda untuk mencapai kejayaan yang diimpikan sebenarnya.

Ingatlah bahawa matlamat anda tidak boleh tercapai bagaikan sakti……..yang tiba-tiba terpacul di depan mata. Kehidupan di dunia ini tertakluk kepada Qada dan Qadar. Seterusnya jika anda menjadi hamba yang sentiasa bersyukur di atas setiap apa yang anda ada, maka lebih mudahlah anda mendapat petunjuk ke atas menjayakan matlamat anda.

“Nothing is imposible, because imposible is nothing.”

Thursday, January 28, 2010

KEGAGALAN ITU TIDAK KEKAL

Tidak ada sesuatu pun yang kekal di atas muka bumi ini. Kegagalan juga tidak kekal. Selagi anda berusaha untuk berubah dari kegagalan kepada kejayaan,maka kegagalan akan tidak tahan lama. Anda harus berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapai kejayaan yang anda inginkan. Jika kejayaan yang anda ingin capai maka anda haruslah melakukan aktiviti yang menjurus kepada kejayaan. Hidup ini adil, semakin banyak usaha anda, maka semakin dekatlah anda meraih kejayaan yang ingin dicapai. Sekiranya tiada usaha yang anda lakukan maka tiadalah kejayaan yang anda impikan.

Kegagalan sebenarnya tak perlu ditakuti kerana ia adalah suatu yang semulajadi. Ia berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Bagaimana kita mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kegagalan adalah sebenarnya yang akan menentukan kejayaan kita. Haruslah kita tetapkan matlamat yang kegagalan itu tidak kekal, ianya hanya sementara sahaja. Itu hanyalah kegagalan-kegagalan kecil yang akan menjadikan kita lebih fokus kepada kejayaan yang lebih besar. Apakah sebenarnya pilihan kita? Samada untuk meratapi kegagalan yang sementara atau terus menjadikan kegagalan sementara itu sebagai batu loncatan untuk kita lebih BERJAYA.

Wednesday, January 27, 2010

KEGAGALAN SEMENTARA

Setiap dari kita akan mengalami kegagalan dalam hidup samada kita sedar atau tidak. Memang benar bahawa kegagalan itu sebenarnya adalah pelajaran yang paling berguna sekali dalam hidup kita. Dengan “GAGAL”, kita akan lebih berhati-hati dan lebih fokus terhadap langkah-langkah yang perlu kita ambil dalam mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup ini.

Ketahuilah bahawa di seluruh dunia, setiap hari ramai orang akan mengalami rasa kecewa, putus asa dan kegagalan. Tanyalah pada diri anda adakah kegagalan itu kekal selamanya atau sementara sahaja?.Sekiranya jawaban anda “kekal” maka ia akan menjadi kekal dalam kotak fikiran anda. Tetapi andai anda menganggap ia hanyalah kegagalan yang sementara, maka anda akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencapai kejayaan yang anda impikan.

Peluang anda untuk bangun semula selepas melalui kegagalan yang sementara amat luas. Anda perlu fokuskan tanggapan minda anda kerana ini akan memprogramkan minda kearah mencapai kejayaan yang terbentang luas dihadapan. Tanggapan adalah salah satu cara untuk memprogramkan minda anda. Seluruh kehidupan anda bergantung kepada tanggapan anda. Sekiranya anda fokuskan tanggapan untuk mencapai kejayaan maka anda bergerak untuk mengusahakan kejayaan. Anda perlu yakin dan percaya bahawa semakin kuat tanggapan, harapan dan fokus anda, semakin besarlah peluang anda untuk mencapai kejayaan yang anda hajati.