Showing posts with label motivasi kejayaan. Show all posts
Showing posts with label motivasi kejayaan. Show all posts

Thursday, April 9, 2015

2 Kunci Kejayaan : Tekun Dan Fokus


Kejayaan adalah tujuan setiap orang di dunia ini.

Sudah banyak orang yang memberikan nasihat-nasihat untuk meraih kejayaan dalam pelbagai bidang, ribuan buku telah diterbitkan dan banyak seminar tentang bagaimana mencapai kejayaan telah diadakan.

Kami juga ingin berkongsi tips yang mudah untuk berjaya dalam apa-apa jua bidang pun. Sebenarnya ada 2 tips yang apabila kita berpegang teguh pada 2 prinsip ini, maka kejayaan akan dapat dicapai, iaitu Tekun dan Fokus.

1. Mencapai Kejayaan dengan: Tekun

Ketekunan sinonim dengan sabar, gigih, pantang menyerah, dan istiqamah. Jika kita lihat tokoh-tokoh hebat yang terkenal, mereka mencapai kejayaan oleh kerana ketekunan mereka yang tinggi.

Thomas Edison, berjaya mencipta mentol setelah melakukan percubaan sehingga ribuan kali

Tekun juga bererti konsisten atau istiqamah.

Jika seseorang itu tekun belajar, maka itu ertinya orang tersebut belajar dengan rajin tanpa kenal lelah dan konsisten belajar setiap hari.

Dengan ketekunan yang dimiliki, segala macam rintangan dan kemalasan pada diri kita akan tunduk kepadanya. Ketekunan itu adalah jiwa kegigihan dan pantang menyerah untuk terus belajar dan berusaha.

Bukan orang bijak yang akan berjaya, tetapi orang yang tekun lah yang akan berjaya. Jika hanya orang bijak sudah pasti akan berjaya, maka itu adalah tidak adil. Kebijaksanaan adalah anugerah sedangkan tekun adalah usaha.

Pemenang tidak pernah berhenti dan mereka yang berhenti tidak akan pernah menang.

2. Mencapai Kejayaan dengan: Fokus

Tiada tokoh hebat yang terkenal kerana mempunyai kepakaran dalam berbagai bidang atau multiple-intelligent. Biasanya orang yang berjaya adalah mereka yang fokus pada bidangnya masing-masing.

Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari dikenali kerana berjaya membina empayar perniagaanya. Prof. B.J. Habibie adalah tokoh yang terkenal berjaya dalam industri aeronautics. Steve Jobs tokoh terkenal berjaya dibidang teknologi komputer.

Bahkan, Sultan Muhammad Al Fatih, penakluk yang berjaya menawan Kota Konstantinopel adalah seorang yang fokus dalam masalah peperangan. Sejak kecil sudah diceritakan oleh ayahnya tentang perang yang dihadapi oleh pasukan muslim melawan kafir.

Banyak yang belum kita ketahui mengenai kekuatan disebalik fokus itu sendiri. Semakin kita fokus pada satu hal,  semakin ia akan memudahkan kita dalam mencapai sesuatu yang kita inginkan.

Bila kita memusatkan fokus, maka pelbagai informasi yang berhubungan dengan impian kita akan mudah masuk ke dalam fikiran kita. Dan sebaliknya jika kita tidak fokus, pikiran kita akan mudah dipesongkan oleh perkara-perkara yang tidak sesuai dengan target kita.

Credit to Muhamad Naim | Blog Akuislam 

Tuesday, March 17, 2015

RAHSIA BERSIHKAN KOLAM JIWA

Bismillah

BACA DENGAN GEMBIRA  **
MEMBACA itu WAJIB

>>>>RAHSIA PEMBERSIHAN KOLAM JIWA YANG PALING BERKESAN MENARIK REZEKI<<<<

EDISI 5 TERBAIK (BEST SELLER)
----------------
“Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di DUNIA dan di AKHIRAT”
SANGAT SESUAI UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI PENYAKIT DI BAWAH:
1) DENGKI
2) SAKIT HATI DENGAN ORANG
3) CEMBURU
4) MURUNG
5) SEDIH
6) MASALAH KOMUNIKASI
7) LALAI
8) LUPA
9) TAK CUKUP DUIT
10) MERASA DIRI HEBAT
11) RIAK
12) BERCELARU
13) TIDAK TENANG TIDUR
14) SUKA FIKIR MASALAH
15) TIDAK TAHU MEMBETULKAN NIAT
16) SUKA FIKIR BUKAN-BUKAN
Dan banyak lagi..
Jika dibaca penuh penghayatan

LIHAT APA KATA PEMBACA EBOOK 70 FORMULA REZEKI INI
=====================================
"Baru2 akak dilanda satu masalah dlm diri akak.... masa tu mmg lost.. sehingga akak rasa mcm gelap aje dunia ni pada kemuncak masalah tu.. sehingga satu mlm... akak baca blk ebook nora hingga tertidur.. bangun pagi.. akak rasa lain sgt.. mcm ada satu semangat baru.. masalah tu jd kecik pulak.. start dari mlm tu.. mmg akak akan selalu baca.. bila akak fikir balik... baru akak perasan.. ebook nora kandungan dia "happy2..".. membakar semangat.. sbb tulah.. kalau akak bc seblm tidur.. bila bangun pagi mood jd happy n bersemangat...." -CIKPUAN NOR ZAHIDAH ARIFFIN

BERMINAT MILIKI EBOOK INI? TEMPAH SEKARANG. 
500% BERKESAN. SETIAP HARI PASTI TERSENYUM 24 JAM. 

Jaminan wang dikembalikan 500% tanpa ragu.
TEKAN SINI SEKARANG SEBELUM TAWARAN DITUTUP------>>>
<<< http://bit.ly/1Ghhrzv>>>
<<< http://bit.ly/1Ghhrzv >>>
<<< http://bit.ly/1Ghhrzv >>>

Akhi Mislee
-The Power of Gratitude-

Friday, March 13, 2015

RESEPI MENJADI JUTAWAN BERTAQWA : KAYA HARTA KAYA HATI!!!

Bismillah
Sukacita ingin saya berkongsi apakah antara resepi menarik wang dan kekayaan yang diamalkan saya.Mengapa saya namakan ia resepi?
Kerana ia ibarat resepi makanan, apabila acuan digaul dengan baik dan resepi yang betul, jadi masakan akan jadi lebih enak. Seperti itu jugalah rezeki dan kekayaan.
Andai kita memulakannya dengan niat, landas dan cara-cara yang betul, ia akan memberi impak positif yang besar pada hidup kita. InsyaAllah.
Antara resepi yang saya berikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Selamat membaca dan beramal.
1. Hidup Bertuhan
Bagi saya hidup berTuhan maksudnya selalu berkomunikasi dengan Allah. Apa maksud berkomunikasi?
Andai kita berkomunikasi dengan manusia, maksudnya kita bercakap dengan manusia seperti berbual, bergurau, meluahkan perasaan, memberi pendapat. Dengan Allah juga kita boleh begitu.
Mungkin ada yang berkata,“Macam orang gila pula”. Firman Allah SWT:
Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaf : 16)
Ayat di atas membuktikan bahawa Allah sememangnya dekat dengan kita. Sangat dekat. Allah sentiasa mendengar isi hati kita. Dia tidak pernah tidur, tidak pernah lalai. Allah sentiasa berjaga.
Betapanya hebatnya Allah, Dia telah mencipta million orang di dunia ini namun masih Dia mampu mengetahui isi hat tiap seorang daripada hamba-Nya. Subhanallah.
Mulakanlah berkomunikasi dengan Allah walau sekecil apa pun yang kita mahu lakukan. Sekalipun Allah sudah tahu kita nak buat apa tetapi apa salahnya kita berkomunikasi dengan-Nya yang juga memberi kita bukti bahawa kita ingat pada-Nya. Contohnya:
“Ya Allah, hari ini saya nak pergi temuduga, Kau permudahkanlah aku ya Allah. Kau kan Maha Baik.”.
“Ya Allah, bagilah aku duit poket, aku tak da duit poket ni. Kau kan Maha Kaya”.
“Terima kasih ya Allah saya dapat makan hari ini. Sedap Allah kek tadi tu. Terima kasih juga bagi saya duit belanja”.
Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi besar impaknya. Kenapa? Sebab apabila suara kita familiar pada Allah ketika kita senang, Allah akan lebih ingat dan kenal kita ketika susah.
Sebagaimana kita mungkin kurang suka andai kawan kita cari kita hanya ketika susah seperti itu jugalah Allah tidak suka kita mencari Dia hanya ketika susah.
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman :
“Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadis ditakhrij oleh Tarmidzi)
“Kamu ingat Allah ketika kamu senang, Allah pasti ingat kamu ketika kamu susah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Meditasi Dengan Tenaga ZIKIR.
Sebelum memulakan zikir, ambil wudhuk dan tenangkan fikiran terlebih dahulu. Buat latihan pernafasan.Tarik nafas dalam kiraan 4 saat. Tahan 6 saat. Lepas perlahan-lahan 8 saat. Ulang selama 5 minit. Niatkan zikir kerana Allah. Sebutlah zikir yang anda suka.
3. Jaga Amalan Agama Melebihi Menjaga Diri Sendiri
Solat 5 fardhu di awal waktu.
Surah Al Waqiah dan surah Al Mulk setiap malam.
Surah Yaasin setiap pagi.
Qiyamulail walau hanya 2 rakaat Tahajud dan 3 rakaat Witir.
Istighfar 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus).
Selawat 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus).
Lailahaillah 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus).
Solat Dhuha 2 rakaat setiap pagi (kalau boleh wajibkan).
JANGAN utamakan bisnes daripada Allah. Bila dah dengar azan, berhenti dan siapkan diri menunaikan solat. Katakan pada diri, “Allah first!” kerana Allah yang bagi kita rezeki.
Andai Allah tahu bahawa kita utamakan dia, datang badai macam mana pun sekali Allah kata “Kun Faya Kun” PASTI rezeki tu dapat juga. Jadi, jangan risau tentang rezeki. Percaya pada Allah.
Kan rezeki tu Allah yang kasi, BUKAN Ebay bukan orang lain Emotikon smile
“Kamu jaga Allah, pasti Allah menjaga kamu”
4. Set Matlamat Utama Yang Kukuh
Saya telah pun memulakan perniagaan internet sejak 3 tahun yang lalu tetapi masih belum menemui sebuah kejayaan (menjana pendapatan yang saya impikan). Dengan hanya berbekalkan niat,“Aku ingin membawa a.k.a menaja perbelanjaan ibu aku pergi haji”.
Segala cabaran sepanjang penglibatan dalam perniagaan internet saya tempuhi dengan baik. Entah kenapa ada satu kekuatan yang ajaib dalam diri saya yang membuatkan saya tidak kenal erti ‘putus asa’ walau saya dah banyak laburkan duit beli produk di Internet.
Saya berdegil untuk terus mencari apakah perniagaan internet yang sesuai dengan diri saya dan alhamdulillah saya telah menemuinya sekarang iaitu perniagaan Ebay Emotikon smile
5. Reprogramming Mindset
Dalam apa jua yang kita lakukan, mindset sangat penting untuk menentukan sebuah kejayaan.
Ramai antara kita mempunyai masalah mindsetting yang menyebabkan kita mudah tersungkur di awal fasa perniagaan dan saya tidak menafikan saya juga adalah antara salah seorang daripadanya dahulu.
Bak kata pepatah,“Belum duduk, dah melunjur”. Sebelum mula, kita telah pun memupuk energi negatif dalam diri kita dengan mengatakan,“Mampukah aku?”
Seolah-olah kita tidak yakin pada diri sendiri kerana sesungguhnya kita adalah manusia sebaik-baik kejadian. Kita adalah seseorang yang hebat andai kita sedar.
Jadi, bagaimana nak repogramming mindset? Belajarlah tentang ilmu Hukum Tarikan yang menggunakan hukum alam (sunnatullah) dan energi alam semesta.
Selain itu tentang kuasa minda separa sedar, kuasa minda super sedar, dan yang paling saya recommended “Quranic Law of Attraction” yang sangat sesuai bagi muslim.
Ia adalah ilmu yang sangat menarik bagi saya kerana sebenarnya kita boleh menggunakan spritual untuk menarik apa yang kita impikan.Saya bersyukur kerana Allah mengilhamkan saya belajar tentang Hukum Tarikan tatkala memulakan bisnes Ebay dan hasilnya sangat positif.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan audio hipnosis untuk reprogramming mindset anda yang bertindak secara halus melalui minda separa sedar. Anda hanya perlu memasangkan audio itu sebelum tidur dan biarkan maklumat disimpan dalam minda separa sedar anda.
InsyaAllah lama kelamaan, anda akan rasa impaknya terhadap diri anda yang akan memudahkan anda menarik rezeki dan wang ke dalam hidup anda. Yang pasti, dengan izin-Nya.
6. Tenaga Doa
Teruskan Berdoa, Yakin Pada Allah, Dia Kabulkan Doa Anda.
Pernahkah anda memikirkan suatu impian atau hajat dan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka? Saya pernah. Dengan menggunakan Hukum Tarikan, Quranic Law Of Attraction dan tenaga doa, saya mendapat rezeki yang tak disangka-sangka.
Saya tak pernah memikirkan atau terbayang yang Allah akan berikan saya rezeki itu. Seperti bulan jatuh ke riba. Sekilas pandang. Allah bagi apa yang saya nak.
Benarlah kata-kata dalam ebook Hukum Tarikan,“Kita tak perlu fikirkan bagaimana impian kita dapat dicapai, kita hanya perlu bayangkan, rasakan perasaan ketika itu dan ulang perkara itu setiap hari agar dapat menarik impian itu ke dalam hidup kita”.
Ada orang kata,“Usaha kena ada”. Perkara itu sememangnya penting cuma apa yang saya ingin memberitahu adalah,“When you think BIG, you will transmit BIG positive energy to the world".
Apabila anda memikirkan perkara yang BESAR, anda akan memancarkan energi positif kepada alam semesta. (Hukum Tarikan).
Contoh: “Aku nak jadi jutawan”. Puas kita fikirkan, bagaimana? Tak perlu fikir bagaimana. Dengan Allah NOTHING impossible. InsyaAllah, andai Dia izinkan, esok pun Dia boleh jadikan anda jutawan.
Percayalah pada rezeki yang tidak disangka-sangka dengan syarat: Jaga hubungan dengan Allah melalui amalan agama. Teruskan berdoa. Luahkan pada Allah segala impian anda seusai solat di hamparan sejadah.
7. Sedekah
Kadang-kala kita tak rasa sedekah yang pernah kita bagi pada orang lain, bantu orang lain berbalik kepada kita. Renung dan nilai segala urusan yang dipermudah, rezeki dan wang yang menarik-narik dalam hidup kita.
Semuanya adalah disebabkan sedekah yang kita berikan kepada orang lain. Sedekah ada banyak definisi, ia tidak hanya terhad kepada wang ringgit. Zikir, amal soleh, dan senyuman juga adalah salah satu bentuk sedekah.
“Andai kita mampu makan di gerai dan harga makanan adalah RM5, apa salahnya kita berikan walau hanya sekecil 10 sen kepada peminta sedekah yang datang atau adakah kita malu kerana berikan wang yang sedikit? Letakkanlah malu pada tempat yang sesuai”
Itulah pesan sahabat saya. Bila saya renung, buat saya muhasabah diri. Kadang-kala kita malu tak bertempat. Kadang-kala terlalu kedekut dan takut duit kita akan berkurangan.
Bukankah sedekah tidak akanmengurangi harta? Malah dengan bersedekahlah kita menarik rezeki dan kekayaan yang tidak pernah kita sangka-sangka.
Tips mudah memulakan kehidupan dengan bersedekah:-
Maniskan muka dengan senyuman.
Sedekah sekurang-kurangnya RM1 seminggu.
Solat awal waktu.
Berkata hanya yang positif atau diam.
InsyaAllah. Jika istiqomah buat perkara-perkara ringan ini ,akan terasa perubahannya. Moga mudah-mudahan, impaknya turut dirasai dalam urusan bisnes kita.
8. Syukur
Firman Allah SWT :
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim: 7)
Ayat di atas menjelaskan bahawa apabila kita banyak bersyukur, Allah akan tambah nikmat-Nya kepada kita. Syukur ibarat penghargaan daripada seorang hamba kepada Tuhannya iaitu Allah.
Analoginya, orang yang kita tolong mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada kita berulang-ulang kali menunjukkan betapa dia menghargai pertolongan kita padanya.
Begitu juga Allah, tatkala hamba-Nya mengucapkan rasa syukur, Allah merasai penghargaan daripada hamba-Nya terhadap nikmat yang telah diberikan-Nya. Tiap kali dapat rezeki walaupun sesimple mana pun, bersyukurlah.
Ucapkan terima kasih walau hanya di hati.
“Terima kasih ya Allah, hari ini aku dapat komisyen affiliate”
“Terima kasih ya Allah, aku ada makanan untuk dimakan hari ini”
“Terima kasih ya Allah, aku dapat on9 internet untuk uruskan bisnes aku”
CARA MENGHIDUPKAN KESYUKURAN
1. Yakinlah. Tatkala kita menadah tangan, sekalipun hanya berbicara, yakinlah doa kita akan termakbul. Yakin dan percaya ada kaitan dengan iman.
Sepertimana kita percaya pada Allah yang Dia akan selesaikan masalah kita, seperti itulah iman kita. Bukankah Allah itu Maha Besar?
Malah daripada-Nyalah datangnya masalah itu jadi pastinya kepada-Nyalah kita memohon pertolongan agar diselesaikan masalah itu. Oleh sebab itu, kita perlulah yakin Allah makbulkan doa kita tatkala kita meluahkan keinginan kita.
2. Rasakanlah. Dengan berasa yakin, ia masih tidak cukup bagi menuju kebahagiaan hidup. Ini kerana keyakinan kita sering berubah-ubah seperti iman kita, turun naik. Itulah lumrah manusia.
Ada ketika di atas, ada ketika di bawah, seperti putaran roda. Oleh sebab itu, untuk menstabilkan keyakinan itu, kita perlu mengadakan perasaan pada keinginan kita.
Contoh,“Saya memiliki isteri solehah dan berakhlak mulia”. Bagi adam yang membaca pasti tersenyum ketika membacanya. Dalam hatinya pasti berkata,“Subhanallah. Indahnya andai ia jadi kenyataan”.
Untuk merasakan statement di atas, anda bayangkanlah perasaan ketika itu. Apa yang anda ingin ada pada isteri anda. Antaranya, anda membayangkan dia bertudung labuh, memakai stokin sebelum keluar rumah dan melayan anda dengan baik.
Rasakan perasaan anda tatkala mendapat statement di atas. Pasti indah bukan? Begitu juga apabila menyatakan keinginan anda. Walau apa sahaja keinginan anda, cuba untuk merasakan perasaan itu.
Ketika hendak berdoa, kuatkan keyakinan yang doa anda pasti dimakbulkan. Langkah seterusnya adalah melantunkan keingingan-keinginan anda dengan tegas. Jangan ragu-ragu. Jangan fikirkan bagaimana kerana Allah itu Maha Besar. Percayalah adanya rezeki yang tidak disangka-sangka.
Arahkan fikiran dan perasaan pada keinginan-keinginan anda. Sekali lagi, ucapkan dengan tegas dalam hati anda. Jangan ada putus asa atau kecewa. Ucapkan kalimat-kalimat yang mengandungi makna tegas, positif beserta keyakinan mendalam.
Elakkan membaca doa seperti ini, “Ya Allah ampunilah aku jika Engkau suka. Ya Allah rahmatilah aku jika Engkau suka”. Sebaliknya sebutlah permintaan anda sesungguhnya anda tidak pernah memaksa.
Lakukan pengakuan dalam hati dan fikiran anda. Rasakan keinginan-keinginan itu sudah pun hadir.
Kemudian bersyukurlah.“Alhamdulillah, terima kasih Allah. Hari ini saya sudah mula dapat beri ibu dan ayah saya RM1000 seorang pada tiap bulan”.
3. Rebutlah. Setelah sudah yakin dan rasakan keinginan-keinginan anda, ucapkanlah kata-kata yang dapat memberi kesan kuat dalam diri anda. Contohnya,
“Saya bersyukur kerana mendapat rezeki pada hari ini”.
“Saya bersyukur mendapat duit yang banyak dan kehidupan yang selesa”.
“Saya gembira mendapat kemudahan urusan daripada Allah dalam kehidupan seharian saya”.
“Saya bersyukur dan bahagia kerana membahagiakan ibu bapa dan mereka gembira apabila berada di sisi saya”.
Sebutlah kata-kata itu sesudah berdoa. Tujuannya adalah untuk memberi anda energi positif yang kuat yang akan memberi pancaran energi positif kepada alam semesta.
Tanamkan kata-kata itu hingga ia benar-benar menjiwai kehidupan anda. InsyaAllah selesai mengucapkannya, anda pasti berasa bahagia, damai dan tidak keluh kesah lagi.
P/s: Cara saya adalah dengan menulis pada sebuah buku (Buku Syukur) apa perkara yang saya bersyukur pada tiap hari. Kadang-kala andai tidak sempat update buku, saya akan ucapkan secara lisan,
“Terima kasih Allah, hari ini saya dapat keuntungan yang banyak dalam perniagaan saya”
“Terima kasih Allah, sesungguhnya nikmat Kau terlalu banyak untuk aku hitung dan takkan termampu untuk aku hitung. Oleh sebab itu, aku ingin mengucapkan terima kasih atas segalanya pada hari ini”
Dengan menulis perkara yang kita bersyukur tiap hari pada sebuah buku, kita kan memancarkan energi positif kepada alam semesta yang akan menarik lebih banyak rezeki dan wang ke dalam hidup kita. InsyaAllah.
“Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik. Tidaklah ini berlaku melainkan hanya kepada orang mukmin, jika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan, dia bersyukur maka itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu juga baik baginya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
Semoga apabila lebih banyak nikmat-Nya hadir dalam hidup kita, kita menjadi hamba-Nya yang lebih banyak bersyukur, lebih lama qiyamuilail dan lebih lama sujudnya. Aamiin (Sumber: Petikan buku Quranic Law of Attraction)
InsyaAllah sekian sahaja Resepi Menarik Rezeki Dan Kejayaan berdasarkan pengalaman saya sebagai motivasi agar anda juga turut mengamalkannya, saya juga ingin berkongsi proven testimonial saya dengan resepi ini.
Bukti Resepi Ini Berkesan Pada Saya.
1. Dengan menggunakan tenaga doa, sering kali saya berdoa seusai solat untuk masuk satu coaching Ebay bernilai RM399. Saya berusaha melalui perniagaan Ebay untuk dapatkan modal itu kerana pada masa itu saya short RM100.
Sememangnya ketika itu saya tiada simpanan yang lain untuk cover RM100. Saya bukan seseorang yang suka minta ibu bapa duit. Kadang-kala malu nak minta pada mereka walaupun itu adalah tanggungjawab mereka.
Saya terus berdoa dan menggunakan Hukum Tarikan + Quranic Law Of Attraction, saya membayangkan saya dapat masuk coaching itu. Saya bayangkan saya bayar RM399 dan masuk coaching tu.
Alhamdulillah, Allah permudah. Saya sendiri tak sangka dapat rezeki daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Tetiba, PAP! Saya terus dapat full modal untuk bayar coaching itu. Subhanallah.
Sejak daripada itu, saya semakin yakin dan percaya bahawa tenaga doa itu sangat hebat!
2. Apabila saya mulakan hidup berTuhan dan menggunakan Hukum Tarikan, Allah seringkali membantu saya menjadi pemikir positif. Suatu hari saya kehilangan kad akses rumah saya bernilai RM60.
Bagi saya yang baru mula menjana pendapatan yang lumayan di Ebay, ketika itu duit saya masih tidak mampu menampung sara hidup saya di bandar besar seperti Shah Alam. Setelah pulang ke rumah dan menyedari kehilangan kad akses itu, saya mula rasa down dan energi positif saya berkurang kerana saya mula berasa kecewa dengan Allah.
Tetapi pada petangnya, Allah gantikan dengan item Ebay yang bernilai AUD 60 terjual. Subhanallah. Setelah itu, saya mula mempositifkan diri agar sentiasa bersangka baik pada Allah.
Kisah lain, suatu hari saya menghadapi kesukaran dalam perniagaan Ebay. Saya mula rasa down dan kekecewaan mula menyelinap ke dalam diri saya.
Tak lama daripada itu, saya mendapat berita yang kakak saya telah selamat melahirkan anaknya yang mana sebelum itu saya risau keadaannya yang hampir 2 hari berjuang melahirkan anaknya.
Disebabkan kegembiraan tentang anak buah saya, rasa down saya terubat dan kekecewaan saya terus hilang. Saya rasa bersalah pada Allah kerana saya berburuk sangka pada dia.
Rasa malu kerana di kala saya mula kecewa dengan Dia, Dia akan cure kekecewaan saya dengan sesuatu perkara yang lebih baik yang menggantikan kekecewaan itu.
Terima kasih Allah.InsyaAllah itu sahaja perkongsian kesan daripada resepi yang saya amalkan seperti di atas. Semoga ia memberi anda motivasi dan inspirasi serta manfaat kepada anda untuk sama-sama kita amalkan.
Dengan Allah NOTHING impossible. Yes I CAN!
“When i think about it, i never doubt about it ever a second."
Terima kasih Allah atas segalanya. Sungguh nikmat hidup berTuhan. Subhanallah.
Semoga anda kaya dan berjaya dunia akhirat. InsyaAllah. Yes WE CAN!!
--------------------------------------------------
Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat untuk semua, mohon share. Terima kasih. Emotikon smile

Sunday, February 8, 2015

[CONSULTANT BANK MALAYSIA DEDAH RAHSIA KEKAYAAN]

Berikut dikongsikan kisah benar bagaimana seorang lelaki boleh menjadi kaya dengan hanya membuka Car Wash. Apakah rahsianya?

Kisah benar 12/8/2014

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Pekan Balakong. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas. Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.

Aku pun bertanya,

"Kereta bos ke tu?"

Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...

"Dari mana bos?"

Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?

Consultant jawabnya.

Oooh...

"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia.

"Waww"!!!
Mesti best jawab hati aku.

"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.

Aku tanya dia, "Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"

Dia tersenyum dan katanya,

"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal. Saya bermula dari kecil. Mula ada RM10k, kemudian RM20k, RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan. Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.

Aku terdiam..

"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,

"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.

"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam. Minta sungguh-sungguh. Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'. Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap,

"Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!"

Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada dia macam tu?,"

Dammm !!!
Tersentap aku..

Katanya lagi,

"Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya, "Awak solat tak 5 waktu?"

Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,

"Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," katanya.

Ada yang berkata, "Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid. Jika saya, bawa Kancil je." Katanya,

"Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import.

"Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising. Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC. 10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur.

Satu lagi pesan saya. "Berkawan", kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh membawa kita kep ada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat.

Dunia ini pinjaman. Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.

Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.

InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.

Sampaikan...

Copy & paste.
Sharing is Caring. Caring is Loving..

‍‌‌‌‌‍‍‌☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Apa yg kita ada hanyalah pinjaman tapi bagaimana kita manfaatkan pinjaman yang diberikan olehNya?
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
#ambil dunia,jgn lupa akhirat.

Friday, January 29, 2010

KEJAYAAN TULIN PERLUKAN UJIAN UNTUK MEGUJI TAHAP KESABARAN


“Gagal” sebenarnya tidak wujud, ianya hanyalah istilah perkataan sahaja. Kegagalan hanyalah satu peristiwa sebelum kejayaan berlaku. Kegagalan sebenar adalah apabila anda tidak melakukan sesuatu perkara yang hendak anda lakukan ataupun anda berhenti melakukan perkara yang anda telah berniat hendak lakukan. 

Katakan anda telah berniat untuk melakukan sebuah perniagaan kedai runcit, semangat anda berkobar-kobar untuk memulakannya tetapi oleh sebab seorang rakan karib anda memberitahu bahawa betapa sukarnya untuk memulakan sesuatu perniagaan dan memberi anda nasihat supaya melupakan sahaja hasrat anda tiba-tiba sahaja semangat anda terus terhenti.


Sebenarnya apa yang berlaku ini adalah anda telah gagal dek kerana ‘nasihat’ rakan karib anda tadi.Saat anda berniat dan percaya yang anda boleh lakukan adalah satu realiti masa hadapan telah tersedia untuk anda. Namun harus diingat bahawa Allah SWT menyediakan sedikit cabaran kepada hambanya sebagai ujian kesabaran anda. Kesabaran itu adalah sebagai kayu pengukur terhadap keimanan anda. Rasullallah SAW bersabda “Sabar itu separuh daripada iman”.

Jangan sesekali menganggap ujian Allah SWT sebagai batu penghalang yang sengaja dicipta oleh Allah untuk menggagalkan usaha murni anda.Harus diingat bahawa ujian yang diturunkan itu adalah sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan dengan membuat pemeriksaan semula ke atas sebarang kekurangan diri. Ujian ini akan memantapkan lagi diri anda untuk mencapai kejayaan yang diimpikan sebenarnya.

Ingatlah bahawa matlamat anda tidak boleh tercapai bagaikan sakti……..yang tiba-tiba terpacul di depan mata. Kehidupan di dunia ini tertakluk kepada Qada dan Qadar. Seterusnya jika anda menjadi hamba yang sentiasa bersyukur di atas setiap apa yang anda ada, maka lebih mudahlah anda mendapat petunjuk ke atas menjayakan matlamat anda.

“Nothing is imposible, because imposible is nothing.”

Thursday, January 28, 2010

KEGAGALAN ITU TIDAK KEKAL

Tidak ada sesuatu pun yang kekal di atas muka bumi ini. Kegagalan juga tidak kekal. Selagi anda berusaha untuk berubah dari kegagalan kepada kejayaan,maka kegagalan akan tidak tahan lama. Anda harus berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapai kejayaan yang anda inginkan. Jika kejayaan yang anda ingin capai maka anda haruslah melakukan aktiviti yang menjurus kepada kejayaan. Hidup ini adil, semakin banyak usaha anda, maka semakin dekatlah anda meraih kejayaan yang ingin dicapai. Sekiranya tiada usaha yang anda lakukan maka tiadalah kejayaan yang anda impikan.

Kegagalan sebenarnya tak perlu ditakuti kerana ia adalah suatu yang semulajadi. Ia berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Bagaimana kita mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kegagalan adalah sebenarnya yang akan menentukan kejayaan kita. Haruslah kita tetapkan matlamat yang kegagalan itu tidak kekal, ianya hanya sementara sahaja. Itu hanyalah kegagalan-kegagalan kecil yang akan menjadikan kita lebih fokus kepada kejayaan yang lebih besar. Apakah sebenarnya pilihan kita? Samada untuk meratapi kegagalan yang sementara atau terus menjadikan kegagalan sementara itu sebagai batu loncatan untuk kita lebih BERJAYA.

Wednesday, January 27, 2010

KEGAGALAN SEMENTARA

Setiap dari kita akan mengalami kegagalan dalam hidup samada kita sedar atau tidak. Memang benar bahawa kegagalan itu sebenarnya adalah pelajaran yang paling berguna sekali dalam hidup kita. Dengan “GAGAL”, kita akan lebih berhati-hati dan lebih fokus terhadap langkah-langkah yang perlu kita ambil dalam mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup ini.

Ketahuilah bahawa di seluruh dunia, setiap hari ramai orang akan mengalami rasa kecewa, putus asa dan kegagalan. Tanyalah pada diri anda adakah kegagalan itu kekal selamanya atau sementara sahaja?.Sekiranya jawaban anda “kekal” maka ia akan menjadi kekal dalam kotak fikiran anda. Tetapi andai anda menganggap ia hanyalah kegagalan yang sementara, maka anda akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencapai kejayaan yang anda impikan.

Peluang anda untuk bangun semula selepas melalui kegagalan yang sementara amat luas. Anda perlu fokuskan tanggapan minda anda kerana ini akan memprogramkan minda kearah mencapai kejayaan yang terbentang luas dihadapan. Tanggapan adalah salah satu cara untuk memprogramkan minda anda. Seluruh kehidupan anda bergantung kepada tanggapan anda. Sekiranya anda fokuskan tanggapan untuk mencapai kejayaan maka anda bergerak untuk mengusahakan kejayaan. Anda perlu yakin dan percaya bahawa semakin kuat tanggapan, harapan dan fokus anda, semakin besarlah peluang anda untuk mencapai kejayaan yang anda hajati.

Tuesday, January 19, 2010

Lakar kejayaan di tahun 2010

Hari ni dah hari ke berapa dalam tahun 2010?

Mungkin dah hari ke 19, atau mungkin juga dah masuk hari ke-30 saat Anda membaca catatan blog ni. Walau apapun situasi pahit yang terjadi pada tahun 2009, lupakan saja supaya kita boleh capai situasi-situasi menggembirakan pada tahun 2010 ni.

Azam saya pada tahun 2010 ni, saya nak melakar kejayaan – kejayaan dalam kerja dan kejayaan dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada 3 orang cahayamata. Saya percaya Anda ada kejayaan sendiri yang Anda nak capai.

Walau apapun ia, semoga ia membuat Anda makin bersemangat menjalani hari-hari yang mendatang. Semoga ia membuat Anda semakin fokus berusaha, semakin rajin menambah ilmu. Kejayaan adalah hasil dari gabungan tiga elemen berlainan – doa berterusan, ilmu, usaha dan tawakal.

Belajarlah sepanjang hayat melalui pembacaan kerana dari membaca, kita akan dapat menambah ilmu di dada dengan cukup senang sekali. Usaha kita biar berterusan, walau kita berjumpa bermacam rupa kegagalan yang menyakitkan. Akhir sekali, sebagai orang Melayu beragama Islam, kita perlukan agama dan keizinan Allah untuk memunculkan keajaiban dalamn hidup kita.

Kejayaan itu sendiri adalah seperti satu keajaiban, a miracle dan ia tak akan mungkin berlaku tanpa keizinan dari Yang Maha Esa. Sekuat manapun kita berusaha, dekatkan diri pada Tuhan, moga kita dapat mencapai kejayaan dalam masa yang singkat

Thursday, December 17, 2009

7 Langkah Untuk Mencapai Matlamat & Kejayaan



Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda impikan.
Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin
Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api! 


2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Bila dan Tempoh Pencapaian Matlamat Anda
TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. 

4. Tangani Halangan
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.