Showing posts with label motivasi kerja. Show all posts
Showing posts with label motivasi kerja. Show all posts

Thursday, April 9, 2015

2 Kunci Kejayaan : Tekun Dan Fokus


Kejayaan adalah tujuan setiap orang di dunia ini.

Sudah banyak orang yang memberikan nasihat-nasihat untuk meraih kejayaan dalam pelbagai bidang, ribuan buku telah diterbitkan dan banyak seminar tentang bagaimana mencapai kejayaan telah diadakan.

Kami juga ingin berkongsi tips yang mudah untuk berjaya dalam apa-apa jua bidang pun. Sebenarnya ada 2 tips yang apabila kita berpegang teguh pada 2 prinsip ini, maka kejayaan akan dapat dicapai, iaitu Tekun dan Fokus.

1. Mencapai Kejayaan dengan: Tekun

Ketekunan sinonim dengan sabar, gigih, pantang menyerah, dan istiqamah. Jika kita lihat tokoh-tokoh hebat yang terkenal, mereka mencapai kejayaan oleh kerana ketekunan mereka yang tinggi.

Thomas Edison, berjaya mencipta mentol setelah melakukan percubaan sehingga ribuan kali

Tekun juga bererti konsisten atau istiqamah.

Jika seseorang itu tekun belajar, maka itu ertinya orang tersebut belajar dengan rajin tanpa kenal lelah dan konsisten belajar setiap hari.

Dengan ketekunan yang dimiliki, segala macam rintangan dan kemalasan pada diri kita akan tunduk kepadanya. Ketekunan itu adalah jiwa kegigihan dan pantang menyerah untuk terus belajar dan berusaha.

Bukan orang bijak yang akan berjaya, tetapi orang yang tekun lah yang akan berjaya. Jika hanya orang bijak sudah pasti akan berjaya, maka itu adalah tidak adil. Kebijaksanaan adalah anugerah sedangkan tekun adalah usaha.

Pemenang tidak pernah berhenti dan mereka yang berhenti tidak akan pernah menang.

2. Mencapai Kejayaan dengan: Fokus

Tiada tokoh hebat yang terkenal kerana mempunyai kepakaran dalam berbagai bidang atau multiple-intelligent. Biasanya orang yang berjaya adalah mereka yang fokus pada bidangnya masing-masing.

Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari dikenali kerana berjaya membina empayar perniagaanya. Prof. B.J. Habibie adalah tokoh yang terkenal berjaya dalam industri aeronautics. Steve Jobs tokoh terkenal berjaya dibidang teknologi komputer.

Bahkan, Sultan Muhammad Al Fatih, penakluk yang berjaya menawan Kota Konstantinopel adalah seorang yang fokus dalam masalah peperangan. Sejak kecil sudah diceritakan oleh ayahnya tentang perang yang dihadapi oleh pasukan muslim melawan kafir.

Banyak yang belum kita ketahui mengenai kekuatan disebalik fokus itu sendiri. Semakin kita fokus pada satu hal,  semakin ia akan memudahkan kita dalam mencapai sesuatu yang kita inginkan.

Bila kita memusatkan fokus, maka pelbagai informasi yang berhubungan dengan impian kita akan mudah masuk ke dalam fikiran kita. Dan sebaliknya jika kita tidak fokus, pikiran kita akan mudah dipesongkan oleh perkara-perkara yang tidak sesuai dengan target kita.

Credit to Muhamad Naim | Blog Akuislam 

Sunday, February 8, 2015

[CONSULTANT BANK MALAYSIA DEDAH RAHSIA KEKAYAAN]

Berikut dikongsikan kisah benar bagaimana seorang lelaki boleh menjadi kaya dengan hanya membuka Car Wash. Apakah rahsianya?

Kisah benar 12/8/2014

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Pekan Balakong. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas. Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.

Aku pun bertanya,

"Kereta bos ke tu?"

Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...

"Dari mana bos?"

Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?

Consultant jawabnya.

Oooh...

"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia.

"Waww"!!!
Mesti best jawab hati aku.

"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.

Aku tanya dia, "Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"

Dia tersenyum dan katanya,

"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal. Saya bermula dari kecil. Mula ada RM10k, kemudian RM20k, RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan. Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.

Aku terdiam..

"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,

"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.

"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam. Minta sungguh-sungguh. Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'. Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap,

"Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!"

Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada dia macam tu?,"

Dammm !!!
Tersentap aku..

Katanya lagi,

"Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya, "Awak solat tak 5 waktu?"

Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,

"Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," katanya.

Ada yang berkata, "Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid. Jika saya, bawa Kancil je." Katanya,

"Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import.

"Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising. Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC. 10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur.

Satu lagi pesan saya. "Berkawan", kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh membawa kita kep ada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat.

Dunia ini pinjaman. Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.

Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.

InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.

Sampaikan...

Copy & paste.
Sharing is Caring. Caring is Loving..

‍‌‌‌‌‍‍‌☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Apa yg kita ada hanyalah pinjaman tapi bagaimana kita manfaatkan pinjaman yang diberikan olehNya?
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
#ambil dunia,jgn lupa akhirat.

Monday, February 2, 2015

PERCAYALAH KEMAMPUAN ANDA


Mulai hari ini, mari kita nikmati hidup dengan cara banyak bersyukur dan mengurangi berbagai keluhan...

Tuesday, January 19, 2010

Lakar kejayaan di tahun 2010

Hari ni dah hari ke berapa dalam tahun 2010?

Mungkin dah hari ke 19, atau mungkin juga dah masuk hari ke-30 saat Anda membaca catatan blog ni. Walau apapun situasi pahit yang terjadi pada tahun 2009, lupakan saja supaya kita boleh capai situasi-situasi menggembirakan pada tahun 2010 ni.

Azam saya pada tahun 2010 ni, saya nak melakar kejayaan – kejayaan dalam kerja dan kejayaan dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada 3 orang cahayamata. Saya percaya Anda ada kejayaan sendiri yang Anda nak capai.

Walau apapun ia, semoga ia membuat Anda makin bersemangat menjalani hari-hari yang mendatang. Semoga ia membuat Anda semakin fokus berusaha, semakin rajin menambah ilmu. Kejayaan adalah hasil dari gabungan tiga elemen berlainan – doa berterusan, ilmu, usaha dan tawakal.

Belajarlah sepanjang hayat melalui pembacaan kerana dari membaca, kita akan dapat menambah ilmu di dada dengan cukup senang sekali. Usaha kita biar berterusan, walau kita berjumpa bermacam rupa kegagalan yang menyakitkan. Akhir sekali, sebagai orang Melayu beragama Islam, kita perlukan agama dan keizinan Allah untuk memunculkan keajaiban dalamn hidup kita.

Kejayaan itu sendiri adalah seperti satu keajaiban, a miracle dan ia tak akan mungkin berlaku tanpa keizinan dari Yang Maha Esa. Sekuat manapun kita berusaha, dekatkan diri pada Tuhan, moga kita dapat mencapai kejayaan dalam masa yang singkat

Monday, January 18, 2010

2 perkara yang Anda perlu ubah untuk mencapai kejayaan


1. Mengubah diri menjadi orang yang bersikap baik sepenuhnya.

Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena ubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik lantas membuat kita muncul lebih cemerlang dari orang-orang di sekeliling kita. Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.


Mulai hari ini, ubah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tak mengubah perangai kita dan tindakan kita menjadi perangai baik dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang baik.

Sama-samalah kita ingat mengingati. Ubah diri menjadi seseorang yang baik, supaya kita dapat mencapai kejayaan, seperti yang kita idamkan. Baik kepada orang lain, baik kepada diri sendiri.

2. Berbakti kepada orang lain.

Sebuah perniagaan, sama ada yang menjual barangan ataupun yang menawarkan perkhidmatan, jika dikaji sebenarnya merupakan bakti kepada masyarakat. Untuk sesebuah perniagaan tu muncul jadi perniagaan berjaya, kena terlebih dahulu menaburkan bakti, memberi produk berkualiti serta perkhidmatan yang memuaskan hati.

Selepas tu barulah ramai orang akan membeli produk yang ditawarkannya, menggunakan perkhidmatan yang diberikan olehnya. Sama juga dengan diri kita. Untuk kita berjaya dalam pelajaran, kekeluargaan, kerjaya, perniagaan dan kewangan, kita kena berbakti dulu kepada orang lain. Dalam proses berusaha mencapai kejayaan, kita tak akan dapat menolak dari tidak melibatkan orang lain dalam hidup kita.

Kita memerlukan orang lain untuk kita menimba ilmu daripada mereka kemudian kita akan perlukan seseorang yang lain untuk kita curahkan ilmu yang kita ada supaya kita dapat menimba lebih banyak ilmu, dua kali ganda banyaknya dari jumlah sebelum tu.

Tadi kita kena ubah diri menjadi diri kita yang baru, dengan sikap baru, mindset baru, akhlak baru yang lebih baik. Sekarang, kita kena menabur bakti dengann bersikap baik. Apa yang kita berikan pada orang lain, kita akan dapat balik satu hari nanti dengan jumlah ‘double‘.

Thursday, December 17, 2009

7 Langkah Untuk Mencapai Matlamat & Kejayaan



Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda impikan.
Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin
Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api! 


2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Bila dan Tempoh Pencapaian Matlamat Anda
TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. 

4. Tangani Halangan
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.