Showing posts with label tips motivasi. Show all posts
Showing posts with label tips motivasi. Show all posts

Thursday, April 9, 2015

2 Kunci Kejayaan : Tekun Dan Fokus


Kejayaan adalah tujuan setiap orang di dunia ini.

Sudah banyak orang yang memberikan nasihat-nasihat untuk meraih kejayaan dalam pelbagai bidang, ribuan buku telah diterbitkan dan banyak seminar tentang bagaimana mencapai kejayaan telah diadakan.

Kami juga ingin berkongsi tips yang mudah untuk berjaya dalam apa-apa jua bidang pun. Sebenarnya ada 2 tips yang apabila kita berpegang teguh pada 2 prinsip ini, maka kejayaan akan dapat dicapai, iaitu Tekun dan Fokus.

1. Mencapai Kejayaan dengan: Tekun

Ketekunan sinonim dengan sabar, gigih, pantang menyerah, dan istiqamah. Jika kita lihat tokoh-tokoh hebat yang terkenal, mereka mencapai kejayaan oleh kerana ketekunan mereka yang tinggi.

Thomas Edison, berjaya mencipta mentol setelah melakukan percubaan sehingga ribuan kali

Tekun juga bererti konsisten atau istiqamah.

Jika seseorang itu tekun belajar, maka itu ertinya orang tersebut belajar dengan rajin tanpa kenal lelah dan konsisten belajar setiap hari.

Dengan ketekunan yang dimiliki, segala macam rintangan dan kemalasan pada diri kita akan tunduk kepadanya. Ketekunan itu adalah jiwa kegigihan dan pantang menyerah untuk terus belajar dan berusaha.

Bukan orang bijak yang akan berjaya, tetapi orang yang tekun lah yang akan berjaya. Jika hanya orang bijak sudah pasti akan berjaya, maka itu adalah tidak adil. Kebijaksanaan adalah anugerah sedangkan tekun adalah usaha.

Pemenang tidak pernah berhenti dan mereka yang berhenti tidak akan pernah menang.

2. Mencapai Kejayaan dengan: Fokus

Tiada tokoh hebat yang terkenal kerana mempunyai kepakaran dalam berbagai bidang atau multiple-intelligent. Biasanya orang yang berjaya adalah mereka yang fokus pada bidangnya masing-masing.

Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari dikenali kerana berjaya membina empayar perniagaanya. Prof. B.J. Habibie adalah tokoh yang terkenal berjaya dalam industri aeronautics. Steve Jobs tokoh terkenal berjaya dibidang teknologi komputer.

Bahkan, Sultan Muhammad Al Fatih, penakluk yang berjaya menawan Kota Konstantinopel adalah seorang yang fokus dalam masalah peperangan. Sejak kecil sudah diceritakan oleh ayahnya tentang perang yang dihadapi oleh pasukan muslim melawan kafir.

Banyak yang belum kita ketahui mengenai kekuatan disebalik fokus itu sendiri. Semakin kita fokus pada satu hal,  semakin ia akan memudahkan kita dalam mencapai sesuatu yang kita inginkan.

Bila kita memusatkan fokus, maka pelbagai informasi yang berhubungan dengan impian kita akan mudah masuk ke dalam fikiran kita. Dan sebaliknya jika kita tidak fokus, pikiran kita akan mudah dipesongkan oleh perkara-perkara yang tidak sesuai dengan target kita.

Credit to Muhamad Naim | Blog Akuislam 

Monday, February 2, 2015

KEBAHAGIAAN MILIK SEMUA INSAN

Wahai sahabat sekalian, ayuh bangun   untuk teruskan hidup. Jangan cepat berputus asa. Apakah kamu lupa akan janji Allah dalam Al-Quran – Tidaklah Engkau (Allah) menciptakan semua ini dengan sia-sia.
Surah Ali-Imran: 191

Sahabat sekalian, bahagia bukan bererti segalanya sempurna tetapi bahagia adalah ketika kamu memutuskan untuk melihat segala
sesuatu secara sempurna.

Akhi Mislee
-The Power of Gratitude-

Wednesday, January 14, 2015

SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang,Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah lebih baik.. :')



*******************************************************

Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka..

Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK..
❤ Orang beribadah disangka riak
❤ Orang yang “relax” disangka malas
❤ Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
❤ Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
❤ Orang makan banyak disangka pelahap
❤ Orang makan sikit disangka “diet”
❤ Orang baik disangka buruk

☼ Orang buruk disangka baik
☼ Orang senyum disangka mengejek
☼ Orang masam disangka merajuk
☼ Orang bermuzakarah disangka mengumpat
☼ Orang diam disangka menyendiri
☼ Orang menawan disangka pakai susuk
☼ Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu..
••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah
 

credit to: http://www.puspitakirana.com/2012/02/kata-kata-motivasi-islam

Tuesday, February 2, 2010

MEMBUAT BANYAK PERKARA DALAM SATU MASA

Memang tabiat semulajadi manusia untuk menunjukkan kehebatan atau tamak dalam melakukan semua perkara dalam satu masa. Hakikatnya kemampuan manusia itu ada had dan batasannya. Kalau semua perkara hendak dibuat, yang pasti akan ada yang tak terbuat. Jangan jadi seperti bidalan, “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.” 

Maka marilah kita mengamalkan sikap buat sesuatu perkara itu sampai siap. “Selesaikan satu tugasan yang telah dimulakan.” Dengan menyelesaikan setiap tugasan akan dapat menambahkan keyakinan diri dan dalam masa yang sama imej diri anda akan meningkat.

Fokus anda akan hilang sekiranya melakukan banyak tugasan dalam satu masa. Ingatlah bahawa niat dan tujuan anda adalah amat penting sekali. Tujuan anda adalah untuk mencipta kejayaan, bukannya sibuk untuk mencari nama.Nama anda akan seiring dengan kejayaan yang anda telah kecapi. Yakinlah bahawa dengan kejayaan yang anda kecapi, yang lain akan datang dengan sendirinya.


“Kehebatan sebenar ialah bila anda boleh melakukan apa yang orang kata anda tidak boleh.”
-Walter Bagehot

Thursday, January 28, 2010

KEGAGALAN ITU TIDAK KEKAL

Tidak ada sesuatu pun yang kekal di atas muka bumi ini. Kegagalan juga tidak kekal. Selagi anda berusaha untuk berubah dari kegagalan kepada kejayaan,maka kegagalan akan tidak tahan lama. Anda harus berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapai kejayaan yang anda inginkan. Jika kejayaan yang anda ingin capai maka anda haruslah melakukan aktiviti yang menjurus kepada kejayaan. Hidup ini adil, semakin banyak usaha anda, maka semakin dekatlah anda meraih kejayaan yang ingin dicapai. Sekiranya tiada usaha yang anda lakukan maka tiadalah kejayaan yang anda impikan.

Kegagalan sebenarnya tak perlu ditakuti kerana ia adalah suatu yang semulajadi. Ia berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Bagaimana kita mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kegagalan adalah sebenarnya yang akan menentukan kejayaan kita. Haruslah kita tetapkan matlamat yang kegagalan itu tidak kekal, ianya hanya sementara sahaja. Itu hanyalah kegagalan-kegagalan kecil yang akan menjadikan kita lebih fokus kepada kejayaan yang lebih besar. Apakah sebenarnya pilihan kita? Samada untuk meratapi kegagalan yang sementara atau terus menjadikan kegagalan sementara itu sebagai batu loncatan untuk kita lebih BERJAYA.

Wednesday, January 27, 2010

KEGAGALAN SEMENTARA

Setiap dari kita akan mengalami kegagalan dalam hidup samada kita sedar atau tidak. Memang benar bahawa kegagalan itu sebenarnya adalah pelajaran yang paling berguna sekali dalam hidup kita. Dengan “GAGAL”, kita akan lebih berhati-hati dan lebih fokus terhadap langkah-langkah yang perlu kita ambil dalam mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup ini.

Ketahuilah bahawa di seluruh dunia, setiap hari ramai orang akan mengalami rasa kecewa, putus asa dan kegagalan. Tanyalah pada diri anda adakah kegagalan itu kekal selamanya atau sementara sahaja?.Sekiranya jawaban anda “kekal” maka ia akan menjadi kekal dalam kotak fikiran anda. Tetapi andai anda menganggap ia hanyalah kegagalan yang sementara, maka anda akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencapai kejayaan yang anda impikan.

Peluang anda untuk bangun semula selepas melalui kegagalan yang sementara amat luas. Anda perlu fokuskan tanggapan minda anda kerana ini akan memprogramkan minda kearah mencapai kejayaan yang terbentang luas dihadapan. Tanggapan adalah salah satu cara untuk memprogramkan minda anda. Seluruh kehidupan anda bergantung kepada tanggapan anda. Sekiranya anda fokuskan tanggapan untuk mencapai kejayaan maka anda bergerak untuk mengusahakan kejayaan. Anda perlu yakin dan percaya bahawa semakin kuat tanggapan, harapan dan fokus anda, semakin besarlah peluang anda untuk mencapai kejayaan yang anda hajati.

Tuesday, January 26, 2010

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURUS


PERLUNYA UNTUK MENGURUS

Mengurus memerlukan usaha yang berterusan dan masa untuk mencapainya. Membiarkan sesuatu yang berlaku nampak mudah tetapi pada hakikatnya ia adalah tidak semudah seperti yang disangka sekiranya jika kita tidak pasti apa yang terbabit dalam menguruskan sesuatu secara efektif. Pemahaman secara efektif dalam mengambil langkah-langkah yang berguna amat perlu dalam kita menguruskan sesuatu.

TIDAK TAHU MATLAMAT ANDA

Keperluan mengurus akan menjadi lebih mudah sekiranya anda tahu apa yang anda mahu capai. Malangnya, ianya tidak selalu dapat dicapai kerana kurangnya perhatian terhadap apakah matlamat anda? Maknanya anda tidak tahu apakah matlamat anda dan adakah anda berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya? Sekiranya matlamat anda masih kabur, anda selalunya akan hilang arah tujuan. Anda akan melakukan sesuatu mengikut apa yang anda fikir betul dengan mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku. Ini bukanlah satu formula atau resipi yang membolehkan anda mencapai kejayaan secara konsisten.

Kebanyakan orang masih enggan untuk bertanya soalan, “apakah yang mampu mereka capai?” Ini adalah kerana mungkin mereka menganggap bahawa dengan bertanya soalan seperti ini akan menunjukkan kelemahan diri mereka atau lebih teruk lagi kebodohan mereka. Tetapi sekiranya anda tidak memahami apakah matlamat anda, bagaimana pula dengan orang lain. Anda seharusnya tidak perlu takut untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat anda. Sekiranya matlamat anda jelas, ini akan memudahkan anda untuk melakukan sesuatu mengikut garis panduan yang betul.

TIADA KERJASAMA

Ramai orang berfikir bahawa mengurus adalah dengan memberi arahan kepada orang bawahan tanpa memikirkan apakah arahan kita benar-benar mencapai matlamat sebenarnya seperti apa yang kita inginkan. Kebanyakan orang akan membuat sesuatu mengikut seperti apa yang telah diarahkan tetapi mereka kadangkala tidak membuat kerja itu seperti yang telah ditetapkan. Sikap adalah sesuatu yag amat susah untuk kita mengendalikannya kerana manusia itu terdiri dari berbagai ragam. Amat susah untuk kita mengendalikan sikap-sikap mereka itu. Oleh itu langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengenalpasti adakah arahan itu tercapai, kita perlulah bekomunikasi secara jelas dan nyata tentang objektif kita, mengambil berat tentang kerja-kerja yang telah diberi serta berbincang dengan mereka tentang masalah yang timbul dari kerja-kerja tadi.Ini Kerjasama yang terjalin akan memberikan kerja yang berkualiti serta mencapai standard yang telah ditetapkan.

Tuesday, January 19, 2010

Lakar kejayaan di tahun 2010

Hari ni dah hari ke berapa dalam tahun 2010?

Mungkin dah hari ke 19, atau mungkin juga dah masuk hari ke-30 saat Anda membaca catatan blog ni. Walau apapun situasi pahit yang terjadi pada tahun 2009, lupakan saja supaya kita boleh capai situasi-situasi menggembirakan pada tahun 2010 ni.

Azam saya pada tahun 2010 ni, saya nak melakar kejayaan – kejayaan dalam kerja dan kejayaan dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada 3 orang cahayamata. Saya percaya Anda ada kejayaan sendiri yang Anda nak capai.

Walau apapun ia, semoga ia membuat Anda makin bersemangat menjalani hari-hari yang mendatang. Semoga ia membuat Anda semakin fokus berusaha, semakin rajin menambah ilmu. Kejayaan adalah hasil dari gabungan tiga elemen berlainan – doa berterusan, ilmu, usaha dan tawakal.

Belajarlah sepanjang hayat melalui pembacaan kerana dari membaca, kita akan dapat menambah ilmu di dada dengan cukup senang sekali. Usaha kita biar berterusan, walau kita berjumpa bermacam rupa kegagalan yang menyakitkan. Akhir sekali, sebagai orang Melayu beragama Islam, kita perlukan agama dan keizinan Allah untuk memunculkan keajaiban dalamn hidup kita.

Kejayaan itu sendiri adalah seperti satu keajaiban, a miracle dan ia tak akan mungkin berlaku tanpa keizinan dari Yang Maha Esa. Sekuat manapun kita berusaha, dekatkan diri pada Tuhan, moga kita dapat mencapai kejayaan dalam masa yang singkat

Monday, January 18, 2010

2 perkara yang Anda perlu ubah untuk mencapai kejayaan


1. Mengubah diri menjadi orang yang bersikap baik sepenuhnya.

Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena ubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik lantas membuat kita muncul lebih cemerlang dari orang-orang di sekeliling kita. Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.


Mulai hari ini, ubah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tak mengubah perangai kita dan tindakan kita menjadi perangai baik dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang baik.

Sama-samalah kita ingat mengingati. Ubah diri menjadi seseorang yang baik, supaya kita dapat mencapai kejayaan, seperti yang kita idamkan. Baik kepada orang lain, baik kepada diri sendiri.

2. Berbakti kepada orang lain.

Sebuah perniagaan, sama ada yang menjual barangan ataupun yang menawarkan perkhidmatan, jika dikaji sebenarnya merupakan bakti kepada masyarakat. Untuk sesebuah perniagaan tu muncul jadi perniagaan berjaya, kena terlebih dahulu menaburkan bakti, memberi produk berkualiti serta perkhidmatan yang memuaskan hati.

Selepas tu barulah ramai orang akan membeli produk yang ditawarkannya, menggunakan perkhidmatan yang diberikan olehnya. Sama juga dengan diri kita. Untuk kita berjaya dalam pelajaran, kekeluargaan, kerjaya, perniagaan dan kewangan, kita kena berbakti dulu kepada orang lain. Dalam proses berusaha mencapai kejayaan, kita tak akan dapat menolak dari tidak melibatkan orang lain dalam hidup kita.

Kita memerlukan orang lain untuk kita menimba ilmu daripada mereka kemudian kita akan perlukan seseorang yang lain untuk kita curahkan ilmu yang kita ada supaya kita dapat menimba lebih banyak ilmu, dua kali ganda banyaknya dari jumlah sebelum tu.

Tadi kita kena ubah diri menjadi diri kita yang baru, dengan sikap baru, mindset baru, akhlak baru yang lebih baik. Sekarang, kita kena menabur bakti dengann bersikap baik. Apa yang kita berikan pada orang lain, kita akan dapat balik satu hari nanti dengan jumlah ‘double‘.

Thursday, December 17, 2009

7 Langkah Untuk Mencapai Matlamat & Kejayaan



Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda impikan.
Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin
Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api! 


2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Bila dan Tempoh Pencapaian Matlamat Anda
TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. 

4. Tangani Halangan
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.

7 Ciri Cemerlang Orang yang Positif


1. Orang yang bersikap positif semakin tercabar, semakin kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!

Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad; semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi keperibadian dan idea-idea beliau. Dunia juga amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir. 

2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan! 
Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat muflis. Tetapi, Onassis telah nampak suatu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu sudah boleh digunakan. Ia telah gunakan kapal-kapal tersebut untuk mengangkut barang-barang dan minyak untuk diperdagangkan. Onassis telah dapat melihat peluang dalam kegawatan. Manakala, orang lain lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.

Tuesday, December 15, 2009

3 Kriteria Utama Mengunci Kejayaan Anda


Sebagai seorang manusia, keinginan untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan adalah perkara biasa. Namun, masih ramai yang gagal untuk menghasilkan tindakan kerana dihantui oleh perasaan takut, tidak yakin dan pelbagai lagi.

 Walaupun ramai yang tahu bahawa perasaan seperti ini hanya sekadar mainan di fikiran, namun kebanyakkan mereka telah biarkan perasaan tersebut menguasai diri mereka seterusnya membantutkan proses pertama kejayaan mereka iaitu tindakan.

Justeru itu, saya terpanggil untuk memberikan sedikit nota inspirasi pada para pembaca agar anda semua dapat melakukan tindakan serta merta untuk mencapai matlamat yang diinginkan dalam kehidupan.

“Face The Fear and DO IT ANYWAY”

Tidak dinafikan bahawa saya sendiri mempunyai perasaan takut untuk melakukan sesuatu. Namun ia tidak bermakna saya tidak bertindak. Konsep ini seringkali diwar-warkan oleh sebuah syarikat sukan terkemuka dunia iaitu Nike. Dimana mereka menggunakan tagline “Just Do It”.

Tuesday, November 24, 2009

3 sebab mengapa Anda perlu rajin-rajin bersyukur


Betapa pentingnya kita perlu bersyukur dengan apa yang yang kita ada.Dan di sini saya akan bongkarkan sebabnya kenapa kita perlu bersyukur:


1. Lebih banyak Anda bersyukur, lebih banyak yang Anda akan dapat.

Pengalaman setiap seorang daripada kita berbeza, sebab kita masing-masing terlibat dalam situasi berbeza menyebabkan kita mengalami masalah berbeza. Rajin mengucapkan syukur membuatkan masalah Anda cepat selesai menjadikan situasi di sekeliling Anda bertukar menjadi situasi-situasi positif, bukannya situasi-situasi negatif lagi. Persekitaran hidup Anda adalah tamsilan kepada apa yang Anda selalu fikirkan.

Bagaimana untuk membuatkan masalah cepat selesai? Didik hati Anda menjadi hati yang selalu bersyukur, syukur yang diucap ikhlas dari hati tanpa dilakonkan, tanpa dipaksa-paksa. Ucapkan syukur dan rasa berterima kasih kepada Tuhan kerana memberikan semua apa yang Anda ada hari ini – misalnya kesihatan Anda, laptop Anda, rumah Anda, baju-baju kesayangan Anda.

Ucapkan syukur kerana Anda dapat memiliki setiap satu barang-barang kepunyaan Anda, dari sekecil-kecil barang sampailah ke sebensar-besar barang. Lebih banyak Anda bersyukur, tak semena-mena Anda akan dapat lebih banyak lagi dari sumber yang tak disangka-sangka.

Ini bukan megik, tapi sains minda. Cepat atau lambat kesannya untuk nampak, bergantung pada seberapa kerap Anda mengucapkan syukur dan seberapa ikhlas Anda bersyukur.

2. Rajin bersyukur akan membuat Anda semakin bermotivasi.

Hari ini ramai orang di luar sana bertanya: “bagaimana nak bermotivasi?”. Realitinya, mereka dan Anda jadi tidak bermotivasi sebab fikiran Anda menumpu kepada masalah, iaitu perkara-perkara di luar diri Anda.

Jika Anda menumpu fikiran kepada kelebihan-kelebihan diri, potensi diri dan apa yang ada disekeliling, iaitu perkara-perkara di dalam diri Anda, kesannya Anda akan rasa bermotivasi. Motivasi yang Anda rasai itu akan kekal lama, bukannya sekejap-sekejap saja.

Semua kita memerlukan motivasi – motivasi dalam usaha nak berjaya dalam peperiksaan, nak berjaya dalam pekerjaan, nak berjaya dalam perniagaan atau nak berjaya dalam aspek kekeluargaan. Melatih diri untuk rajin bersyukur akan membuat kita jadi bermotivasi sentiasa, sebab kita nak menjadi baik, menjadi bagus lalu berusaha mencapai kebagusan dalam apa jua yang kita lakukan.

Monday, November 23, 2009

Tangga kejayaan… tangga yang betul?


Salah satu soalan penting anda perlu tanya pada diri sendiri adalah “Adakah saya memanjat tangga kejayaan yang betul?”

Sering terjadi dikalangan kita, kita berusaha sedaya upaya dengan tidak putus asa memanjat tangga kejayaan. Tetapi, apabila sampai puncak tangga tersebut, baru kita sedar… tangga kejayaan yang kita panjat adalah tangga yang salah.

Di sini lah terjadinya keadaan seseorang yang berjaya pada zahirnya, tetapi, sebenarnya terperangkap di dalam kejayaan tersebut sehingga terpaksa mengabaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang lain.

Tetapkan matlamat anda terlebih dahulu… tangga kejayaan yang mana satu perlu anda panjat? Usah memburu kejayaan yang hasilnya tidak bermakna kepada anda sendiri.