Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Sunday, June 21, 2015

ADAKAH KITA MENCINTAI RASULULLAH SAW???

Bismillah

Adakah kita betul2 menyintai dan menyanyangi Rasululllah SAW atau hanya sekadar dibibir sahaja. Mengaku sayang dan cintakan Rasulullah SAW tapi ajaran yang disampaikan tidak diamalkan sepenuhnya...

Peringatan kepada kita semua sebagai umat Muhammad SAW, jangan hanya pandai menyebut sayang tapi cara hidup Rasulullah SAW dilupakan...

Renungan bersama untuk diri kita yang alpa dan serba kekurangan ini...

Akhi Mislee

Friday, May 29, 2015

Maafkanlah, Jauhi Marah & Dendam

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Dalam sebuah hadis sahih diberitakan bahawa pada suatu hari, seorang lelaki bertemu Rasulullah ﷺ . Lelaki itu berkata, "Wahai Rasulullah, berwasiatlah kepadaku." Rasulullah ﷺ kemudian berkata: "Janganlah kamu marah!" Dan Rasulullah ﷺ mengulanginya beberapa kali.

Hadis oleh Abu Hurairah itu berupa wasiat Rasulullah ﷺ  kepada umatnya agar menjauhi pelbagai penyakit hati seperti marah, dendam, iri hati, riak, takbur serta dengki sesama umat.

Terdapat dua jenis penyakit dalam tubuh manusia. Penyakit pertama, penyakit yang dapat dirasa dan dilihat pada tubuh manakala satu lagi penyakit hati yang hanya dapat dilihat melalui tindak-tanduk pelakunya.

Penyakit hati lebih berbahaya jika dibandingkan penyakit lain kerana ia akan mengganggu emosi yang akan melahirkan perasaan dendam dan sifat-sifat negatif yang lain. Mereka yang memiliki sifat seperti ini disarankan agar bersifat pemaaf kerana sifat ini membuatkan hati seseorang itu tenang, bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Banyak masalah berkait hubungan sesama manusia berpunca daripada sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, namun tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam sudah tumbuh di hati.

Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah mereka yang suka berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa bersangka tidak baik terhadap orang lain.

Allah telah memberi peringatan agar kita memelihara perpaduan sesama umat serta menjauhkan diri daripada sebarang permusuhan dan perbalahan yang boleh mengakibatkan perpecahan dan dendam yang akan merosakkan masyarakat.

Allah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 46 yang bermaksud: "Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; jika tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang bersabar."

Sehubungan itu, Rasulullah ﷺ berpesan bersandarkan hadis oleh Bukhari dan Muslim, "Usah kamu berdendam kesumat, jangan kamu berhasad dengki, jangan kamu berpaling muka, jangan kamu pulau-memulau, sebaliknya hendaklah kamu bersaudara. Adalah tidak harus bagi seseorang muslim tidak bertegur sapa dengan saudaranya melebihi tiga hari."

Untuk mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan daripada menyimpan perasaan dendam, dalam hadis sahih Riwayat Muslim, Rasulullah ﷺ berpesan lagi, "Demi nyawaku di bawah genggaman Allah! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu akan satu perbuatan, bila kamu lakukannya kamu akan berkasih sayang iaitu ucapan salam sesama kamu."

Dalam hadis yang lain, Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ menegaskan dan berpesan, "Sebarkanlah salam, perkuatkanlah silaturahim, kasihanilah golongan fakir miskin dan jangan tinggalkan solat malam."
(Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis itu, Rasulullah ﷺ menyampaikan empat pesanan penting supaya umat Islam terus bersatu. Sekiranya kita mengamalkan empat pesanan tersebut, sudah pasti tidak akan timbul perbalahan sesama umat Islam.

Tetapi apa yang berlaku sekarang, empat pesanan itu tidak dipatuhi. Maka, tidak hairanlah perbalahan dan permusuhan terus berlarutan di kalangan sesama umat Islam. Ini kerana masing-masing membawa haluan dan pendirian masing-masing tanpa memikirkan kesatuan umat. Kesemua ini berlaku kerana ketakwaan yang lemah kepada Allah dan mengabaikan perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, selamat beramal.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Wednesday, May 20, 2015

BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBUBAPA


Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, kesudahan yang baik bagi orang-orang bertakwa, tiada pemusuhan Allah melainkan kepada orang-orang zalim. Selawat dan salam ke atas utusan yang membawa rahmat kepada seluruh alam..selepasnya;

Firman Allah:

“23.Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.24.  Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua Telah mendidik Aku waktu kecil”. (Al-Isra’: 23-24)

Firman Allah:

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa”. (An-Nisa’: 36)

Firman Allah:

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). mengandungnya sampai bercerai susu adalah tiga puluh bulan”. (Al-Ahqaf: 15)

Monday, April 13, 2015

PERBEZAAN ILMU DAN HARTA

Bismillah

Saidina Ali Karramallahuwajhah pernah berkata:

ILMU adalah warisan nabi-nabi

HARTA adalah warisan Qarun dan Firaun.

Orang yang BERILMU banyak kawannya.

Orang yang BERHARTA banyak musuhnya

ILMU jika diberikan kepada orang lain ia bertambah.

HARTA jika diberikan kepada orang lain ia akan berkurangan.

Orang yang BERILMU disebut KARIIM (mulia)

Orang yang BERHARTA disebut BAKHIL (kedekut)

HARTA minta dijaga daripada pencuri

ILMU tidak memerlukan penjaga

Orang yang BERHARTA akan dihisab
Orang yang BERILMU mendapat syafaat

HARTA akan rosak dimakan zaman

ILMU tidak akan usang ditelan zaman

HARTA mengeraskan hati

ILMU melembutkan hati

Orang yang BERHARTA mengaku sebagai Tuhan (kerana hartanya)

Orang yang BERILMU mengaku sebagai Hamba.

Akhi Mislee
-The Power of Gratitude

Credit to www.mencarijalanbalik.wordpress.com

Thursday, February 12, 2015

Yakinlah, Rahmat Allah S.W.T. Itu sangat Luas

Bismillah

Rahmat Allah s.w.t. kepada hamba-Nya sangatlah luas. Tiada had. Tidak terbatas. Rahmat-Nya mengatasi kemurkaan-Nya. Inilah kasih sayang-Nya terhadap hamba-Nya. Firman Allah s.w.t.:

قُلْ لِمَنْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ قُلْ لِلَّهِ كَتَبَ عَلَى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ (١٢)

Maksudnya: Katakanlah: Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi. Katakanlah: Kepunyaan Allah. Dia telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang. (Al-An’aam: 12)

Wednesday, February 11, 2015

SETIAP DUGAAN ITU ADALAH PELAJARAN

Hadith:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.

Riwayat Al-Hakim

Friday, February 6, 2015

MARILAH KITA BERSYUKUR

Bismillah

Salam hari Jumaaat saiyidul aiyam
Marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas limpah dan kurniaNYA yang tidak terhitung oleh kita.  Jadilah kita sebagai hambaNYA yang sentiasa tunduk dan patuh dalam menunaikan segala titah perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA
Akhi Mislee
-The Power of Gratitude-

Tuesday, February 3, 2015

MARILAH HIDUP DALAM ISLAM

Bismillah

Semoga sahabat2 sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga dan rakan2...

Marilah bersama-sama mengamalkan ajaran Islam untuk kebahagiaan dunia dan akhirat...

Akhi Mislee
-The Power of Gratitude-

Monday, February 2, 2015

KEBAHAGIAAN MILIK SEMUA INSAN

Wahai sahabat sekalian, ayuh bangun   untuk teruskan hidup. Jangan cepat berputus asa. Apakah kamu lupa akan janji Allah dalam Al-Quran – Tidaklah Engkau (Allah) menciptakan semua ini dengan sia-sia.
Surah Ali-Imran: 191

Sahabat sekalian, bahagia bukan bererti segalanya sempurna tetapi bahagia adalah ketika kamu memutuskan untuk melihat segala
sesuatu secara sempurna.

Akhi Mislee
-The Power of Gratitude-

PERCAYALAH KEMAMPUAN ANDA


Mulai hari ini, mari kita nikmati hidup dengan cara banyak bersyukur dan mengurangi berbagai keluhan...

Tuesday, January 27, 2015

KELEBIHAN AL-QURAN

Surah Yunus, Verse 57:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Melayu)

via iQuran