Monday, January 18, 2010

"ANDA GAGAL MENGURUSKAN WANG GAJI DENGAN BAIK?"

TAHUKAH ANDA? Punca utama seseorang itu menghadapi masalah kewangan adalah kerana mereka Tidak Tahu Menguruskan Wang Dengan Cara Yang Betul!

Ini kerana mereka Tidak Pernah Diajar tentang cara yang sebenar untuk menguruskannya! Akhirnya, ramai yang terperangkap dan terikut-ikut dengan gaya hidup masa kini, bahkan terlalu ramai yang keluar bekerja setiap hari (dari pagi hingga ke malam) semata-mata untuk membayar bil dan menjelaskan hutang pinjaman mereka sahaja!!!

Semua ini terjadi disebabkan tiadanya PANDUAN khusus yang boleh mereka ikuti dalam pengurusan kewangan harian mereka!

Dapatkan PANDUAN KHUSUS MENGURUSKAN WANG GAJI DENGAN BAIK disini

2 perkara yang Anda perlu ubah untuk mencapai kejayaan


1. Mengubah diri menjadi orang yang bersikap baik sepenuhnya.

Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena ubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik lantas membuat kita muncul lebih cemerlang dari orang-orang di sekeliling kita. Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.


Mulai hari ini, ubah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tak mengubah perangai kita dan tindakan kita menjadi perangai baik dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang baik.

Sama-samalah kita ingat mengingati. Ubah diri menjadi seseorang yang baik, supaya kita dapat mencapai kejayaan, seperti yang kita idamkan. Baik kepada orang lain, baik kepada diri sendiri.

2. Berbakti kepada orang lain.

Sebuah perniagaan, sama ada yang menjual barangan ataupun yang menawarkan perkhidmatan, jika dikaji sebenarnya merupakan bakti kepada masyarakat. Untuk sesebuah perniagaan tu muncul jadi perniagaan berjaya, kena terlebih dahulu menaburkan bakti, memberi produk berkualiti serta perkhidmatan yang memuaskan hati.

Selepas tu barulah ramai orang akan membeli produk yang ditawarkannya, menggunakan perkhidmatan yang diberikan olehnya. Sama juga dengan diri kita. Untuk kita berjaya dalam pelajaran, kekeluargaan, kerjaya, perniagaan dan kewangan, kita kena berbakti dulu kepada orang lain. Dalam proses berusaha mencapai kejayaan, kita tak akan dapat menolak dari tidak melibatkan orang lain dalam hidup kita.

Kita memerlukan orang lain untuk kita menimba ilmu daripada mereka kemudian kita akan perlukan seseorang yang lain untuk kita curahkan ilmu yang kita ada supaya kita dapat menimba lebih banyak ilmu, dua kali ganda banyaknya dari jumlah sebelum tu.

Tadi kita kena ubah diri menjadi diri kita yang baru, dengan sikap baru, mindset baru, akhlak baru yang lebih baik. Sekarang, kita kena menabur bakti dengann bersikap baik. Apa yang kita berikan pada orang lain, kita akan dapat balik satu hari nanti dengan jumlah ‘double‘.

Thursday, January 14, 2010

Al-Qur'an Terjemah Per Kata + Asbabun Nuzul - Pertama Di Dunia

Betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ..."

PERTAMA DI DUNIA

- maksud di bawah setiap ayat al-Qur'an
- mempermudah kita memahami erti dan isi al-Qur'an
- dilengkapi Asbabun Nuzul yang memperkayakan al-Qur'an ini

Kelebihan Tafsir Quran Per Kata

- Tafsir umum yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an

- Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.

- Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar

- Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, iaitu informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.

- Dilengkapi juga dengan terjemahan.

- Sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang

Untuk maklumat lanjut.............

Monday, January 11, 2010

Cuba bayangkan...

Mungkin anda berasa pelik kenapa saya betul-betul
menekankan borang tempahan sedangkan ianya perkara yang
mudah kepada sesiapa pun.

Saya ada sebab saya sendiri.

Cuba bayangkan anda sudah ada surat jualan, produk dan
design semuanya dah ada.

Lepas tu anda lancarkan produk tu, dengan affiliate
system lagi.

Seribu orang datang...

Dua ribu orang datang...

Satu jualan pun tak masuk.

Kenapa? Sebab mereka tak dapat nak beli produk anda!

(Kecualilah anda mempunyai penulis iklan tahap guru
bekerja dengan anda, dia akan menyebabkan orang betul-
betul geram sampai nak beli produk anda walau apa pun
yang berlaku!)

Mungkin anda boleh setelkan dengan menyuruh emel anda.

Well, realiti sebenarnya ialah, orang MALAS nak buat
semua tu.

Tahu apa akan terjadi? Anda akan hanya mendapat jualan
yang sedikit sahaja.

Betul-betul sikit.

Jadi untuk mengelakkan perkara itu berlaku, silalah
pergi ke http:///www.mazlienadzri.com/easyorderform/index.php?ref=mislee untuk maklumat lanjut.

Harap-harap anda akan buat tindakan terbaik untuk
diri anda.

Saya pergi makan dulu, dan fikir-fikirkanlah!

Ini linknya kalau anda tak perasan:

Thursday, December 17, 2009

7 Langkah Untuk Mencapai Matlamat & Kejayaan



Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda impikan.
Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin
Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api! 


2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Bila dan Tempoh Pencapaian Matlamat Anda
TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. 

4. Tangani Halangan
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.

7 Ciri Cemerlang Orang yang Positif


1. Orang yang bersikap positif semakin tercabar, semakin kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!

Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad; semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi keperibadian dan idea-idea beliau. Dunia juga amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir. 

2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan! 
Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat muflis. Tetapi, Onassis telah nampak suatu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu sudah boleh digunakan. Ia telah gunakan kapal-kapal tersebut untuk mengangkut barang-barang dan minyak untuk diperdagangkan. Onassis telah dapat melihat peluang dalam kegawatan. Manakala, orang lain lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.

Tuesday, December 15, 2009

3 Kriteria Utama Mengunci Kejayaan Anda


Sebagai seorang manusia, keinginan untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan adalah perkara biasa. Namun, masih ramai yang gagal untuk menghasilkan tindakan kerana dihantui oleh perasaan takut, tidak yakin dan pelbagai lagi.

 Walaupun ramai yang tahu bahawa perasaan seperti ini hanya sekadar mainan di fikiran, namun kebanyakkan mereka telah biarkan perasaan tersebut menguasai diri mereka seterusnya membantutkan proses pertama kejayaan mereka iaitu tindakan.

Justeru itu, saya terpanggil untuk memberikan sedikit nota inspirasi pada para pembaca agar anda semua dapat melakukan tindakan serta merta untuk mencapai matlamat yang diinginkan dalam kehidupan.

“Face The Fear and DO IT ANYWAY”

Tidak dinafikan bahawa saya sendiri mempunyai perasaan takut untuk melakukan sesuatu. Namun ia tidak bermakna saya tidak bertindak. Konsep ini seringkali diwar-warkan oleh sebuah syarikat sukan terkemuka dunia iaitu Nike. Dimana mereka menggunakan tagline “Just Do It”.