Monday, November 16, 2015
Saturday, September 5, 2015
LAMPU KERETA YANG BERSINAR-SINAR
Bismillah
Mahukah lampu kereta anda yang kekuningan dan kekusaman kelihatan seperti baru dan bersinar-sinar??? Saya ada produk yang boleh menyelesaikan masalah ini!!! Sila pm/whatsapp 019-2941019
Sunday, June 21, 2015
ADAKAH KITA MENCINTAI RASULULLAH SAW???
Bismillah
Adakah kita betul2 menyintai dan menyanyangi Rasululllah SAW atau hanya sekadar dibibir sahaja. Mengaku sayang dan cintakan Rasulullah SAW tapi ajaran yang disampaikan tidak diamalkan sepenuhnya...
Peringatan kepada kita semua sebagai umat Muhammad SAW, jangan hanya pandai menyebut sayang tapi cara hidup Rasulullah SAW dilupakan...
Renungan bersama untuk diri kita yang alpa dan serba kekurangan ini...
Akhi Mislee
Sunday, June 14, 2015
FENOMENA "WANYS KACANG SEDAP" MELANDA KAMPUNG SUNGAI MANDOR WAHID, SEKINCHAN
Bismillah
Kebetulan hari ni ada majlis "gotong royong" disurau di kampung halaman..
Buat promo kat orang kampung...tak berenti orang kampung menguyah..katanya " kacang ni sedap la, rangup, berlemak sehingga tak boleh nak berenti menguyah"
Senang2 jer dapat "ORDER 20 balang"...
GOTONG ROYONG BERSEMPENA NAK MENYAMBUT RAMADHAN
Bismillah
Bersama-sama warga kampung halaman bergotong royong sempena nak menyambut bulan Ramadhan Al-Karim....
"Ya Allah....berkatilah kami dibulan Sya'aban dan sampaikanlah kami dibulan Ramadhan"....Aamiin....
Akhi Mislee
Friday, June 12, 2015
"DODOL NGAP" Resepi Turun Temurun
Bismillah
TAWARAN TERHAD SEMPENA HARI RAYA!!!
Dodol antara menu 'wajib' ketika menyambut hariraya. Biasanya kalau dulu-dulu kita bergotong royong mengacaunya. Namun semakin lama tradisi ni dah tak ada.....
Bagaimana kalau dodol ni sampai terus kedepan pintu rumah anda???...ada perisa Lemak/Pandan/Durian....Amacam???
Jadi sesapa yang teringin nak order tu...tinggalkan pesanan dan pilihlah nak perisa apa?...Kena "ORDER" secepat yang mungkin takut nanti tak sempat nak pos pulak...
Sila sms/whatsapp ditalian 019-2941019
WANYS KACANG SEDAP
Kenapa saya buat Wanys Kacang Sedap?
1. Kerana saya bantu tuan/puan mendapatkan hasilan yang sangat enak kerana;
i ) kacang tanah bersalut tepung yang sangat lembut,
ii ) rangup dan sedap gile! .
2. Saya bantu;
i ) boleh di jadikan kudap-kudapan yang yang sedap;
ii) bekalan untuk kawan-kawan sepejabat
iii) boleh dijadikan kunyahan di majlis perkahwinan, hari lahir dsb
iv) makanan tambahan kepada anak2 di asrama dan juga dirumah
v) mereka yang mahukan kelainan dalam merasai produk ini
Hari Raya pun dah dekat, maka saya bantu mempermudahkan urusan pemilihan juadah dihari raya
Sekian. Terimakasih.
Boleh lawati Facebook page Kacang Sedap Pandan Indah.
Thursday, June 11, 2015
WANY'S KACANG SEDAP TERLAJAK LARIS!!!
Alhamdulillah...belum lagi nak raya stok Wany's Kacang Sedap dah tinggal sikit...terpaksa saya restok malam tadi...
Terima kasih kepada yang membeli dan feedback yang baik daripada pelanggan2 kami...
Kepada yang ingin menjadi Agen or merasai kerangupan Wany's Kacang Sedap, bolehlah pm/whatsapp ditalian 019-2941019
p.s COD kepada mereka yang tinggal sekitar Ampang/Pandan Indah/Keramat/Cheras
Sunday, June 7, 2015
NIKMATI KEHIDUPANMU DENGAN GEMBIRA
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
Selamat pagi dan salam hari minggu. Semoga ceria2 selalu.... :)
Akhi Mislee
-The Power of Gratitude-
#syukur
#gedungonlineampang
#kaligrafipandanindah
Saturday, June 6, 2015
WANY'S KACANG SEDAP YANG RANGUP
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
Ini semalam punya cerita....anak laki sorang ni dengan sepupu dia punyalah excited bila ayah dia bawa #wanyskacangsedap sebab dia ni tahu kerangupannya....
Sampai habis dibelasah oleh 2 orang ni..
x tinggal langsung untuk ayah dia rasa..
Tapi kalau ada sapa-sapa yang nak rasa call/whatsapp di 019-2941019
p.s. COD sekitar Ampang/Pandan Indah/Cheras/Keramat
Akhi Mislee
Friday, June 5, 2015
HARGAI APA YANG KITA MILIKI
Bismillah
Menghargai apa yang kita miliki sebelum ianya pergi jauh dari kita... Kerana itulah yang terbaik...
Akhi Mislee
Thursday, June 4, 2015
WANY'S KACANG SEDAP
NYUMM...NYUMMM....Promosi Mega raya.....Jamulah tetamu anda dengan kerangupan 'Wany Kacang Sedap'....nak order pm laju2 ea...rasailah keenakan kacang buatan bumiputera....dijamin halal & SEDAP...anda juga boleh wasup di no talian 019 2941019 utk sebarang tempahan.
Berkatkan Kediaman Dengan Lukisan Kaligrafi Lukisan Tangan
Bismillah
Kediaman anda tampak suram, tidak ceria, malah tidak menggembirakan? Anda patut tambahkan sedikit elemen kerohanian pada premis kediaman anda. Masukkan keberkatan dan kerahmatan di dalamnya!
Bagaimana caranya? Gunakan hiasan dinding lukisan kaligrafi lukisan tangan terkini yang unik pada harga murah.
Jangan biarkan dinding rumah anda kosong begitu sahaja tanpa hiasan kalimah suci yang bermanfaat..
Mereka yang berminat untuk menghiasi kediaman dengan cara diberkati dan dirahmati, boleh melihat pelbagai corak rekabentuk lukisan kaligrafi 100% lukisan tangan sila hubungi Mislee di 0192941019 (SMS/WhatsApp).
Semua lukisan kaligrafi ini sangat istimewa, cantik, unik. Dan, paling penting ia murah.
Selain untuk hiasan kediaman, ia amat sesuai dijadikan hadiah istimewa majlis perkahwinan, ulang tahun kelahiran pasangan atau sahabat istimewa anda.
Friday, May 29, 2015
Maafkanlah, Jauhi Marah & Dendam
ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
Dalam sebuah hadis sahih diberitakan bahawa pada suatu hari, seorang lelaki bertemu Rasulullah ﷺ . Lelaki itu berkata, "Wahai Rasulullah, berwasiatlah kepadaku." Rasulullah ﷺ kemudian berkata: "Janganlah kamu marah!" Dan Rasulullah ﷺ mengulanginya beberapa kali.
Hadis oleh Abu Hurairah itu berupa wasiat Rasulullah ﷺ kepada umatnya agar menjauhi pelbagai penyakit hati seperti marah, dendam, iri hati, riak, takbur serta dengki sesama umat.
Terdapat dua jenis penyakit dalam tubuh manusia. Penyakit pertama, penyakit yang dapat dirasa dan dilihat pada tubuh manakala satu lagi penyakit hati yang hanya dapat dilihat melalui tindak-tanduk pelakunya.
Penyakit hati lebih berbahaya jika dibandingkan penyakit lain kerana ia akan mengganggu emosi yang akan melahirkan perasaan dendam dan sifat-sifat negatif yang lain. Mereka yang memiliki sifat seperti ini disarankan agar bersifat pemaaf kerana sifat ini membuatkan hati seseorang itu tenang, bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.
Banyak masalah berkait hubungan sesama manusia berpunca daripada sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, namun tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam sudah tumbuh di hati.
Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah mereka yang suka berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa bersangka tidak baik terhadap orang lain.
Allah telah memberi peringatan agar kita memelihara perpaduan sesama umat serta menjauhkan diri daripada sebarang permusuhan dan perbalahan yang boleh mengakibatkan perpecahan dan dendam yang akan merosakkan masyarakat.
Allah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 46 yang bermaksud: "Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; jika tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang bersabar."
Sehubungan itu, Rasulullah ﷺ berpesan bersandarkan hadis oleh Bukhari dan Muslim, "Usah kamu berdendam kesumat, jangan kamu berhasad dengki, jangan kamu berpaling muka, jangan kamu pulau-memulau, sebaliknya hendaklah kamu bersaudara. Adalah tidak harus bagi seseorang muslim tidak bertegur sapa dengan saudaranya melebihi tiga hari."
Untuk mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan daripada menyimpan perasaan dendam, dalam hadis sahih Riwayat Muslim, Rasulullah ﷺ berpesan lagi, "Demi nyawaku di bawah genggaman Allah! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu akan satu perbuatan, bila kamu lakukannya kamu akan berkasih sayang iaitu ucapan salam sesama kamu."
Dalam hadis yang lain, Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ menegaskan dan berpesan, "Sebarkanlah salam, perkuatkanlah silaturahim, kasihanilah golongan fakir miskin dan jangan tinggalkan solat malam."
(Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis itu, Rasulullah ﷺ menyampaikan empat pesanan penting supaya umat Islam terus bersatu. Sekiranya kita mengamalkan empat pesanan tersebut, sudah pasti tidak akan timbul perbalahan sesama umat Islam.
Tetapi apa yang berlaku sekarang, empat pesanan itu tidak dipatuhi. Maka, tidak hairanlah perbalahan dan permusuhan terus berlarutan di kalangan sesama umat Islam. Ini kerana masing-masing membawa haluan dan pendirian masing-masing tanpa memikirkan kesatuan umat. Kesemua ini berlaku kerana ketakwaan yang lemah kepada Allah dan mengabaikan perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya.
والله أعلم بالصواب
Sekian, selamat beramal.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
Wednesday, May 27, 2015
BISKUT RODA IMPIAN
Fuhh...meleleh tengok coklatnya tu...premium dari Turki lagi....
Kesedapannya hingga habis sebekas!!!
Akhi Mislee
Tuesday, May 26, 2015
SATE KEBAB YANG MENGGIURKAN!!!
Bismillah
Ini lah yang ditunggu-tunggukan tadi... Satay Kebab Ayam Beriani dihidangkan bersama Nasi Ala Timur Tengah, Salad Timun dan Salsa. Sangat berbaloi dengan harganya untuk makan 5 orang. Jemput ya.
Akhi Mislee
The Power of Gratitude
SATE KEBAB YANG LAZAT
Bismillah
Pagi ni isteri plan nak buat sate kebab....tengok2 dalam fridge ada pulak stok sate kebab yang saya beli 3 hari lepas...
Nanti bila dah masak, saya share ngan anda, bagaimana rupanya ye???
Akhi Mislee
The Power of Gratitude
Wednesday, May 20, 2015
BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBUBAPA
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, kesudahan yang baik bagi orang-orang bertakwa, tiada pemusuhan Allah melainkan kepada orang-orang zalim. Selawat dan salam ke atas utusan yang membawa rahmat kepada seluruh alam..selepasnya;
Firman Allah:
“23.Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua Telah mendidik Aku waktu kecil”. (Al-Isra’: 23-24)
Firman Allah:
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa”. (An-Nisa’: 36)
Firman Allah:
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). mengandungnya sampai bercerai susu adalah tiga puluh bulan”. (Al-Ahqaf: 15)
Wednesday, May 13, 2015
HARUM MANIS GRED A
Mula mula tu saya ingat jual pauh ni biasa biasa je, post kat fb, ambik order, then deliver. Alhamdulillah, tak menang tangan. Lebih 200kg telah diorder .Nak update fb pun tak sempat. Apa-apa pun syukur sangat-sangat....
Nak tau harga pm saya 019-2941019
Akhi Mislee
-The Power of Gratitude-
HARUM MANIS GRED A
Bismillah
Stok makin berkurangan... Mintak maaf ye, jika anda tak dapat, sebab anda kena order dulu, baru kita hantar... 150kg yg lepas pun, org dah order...
Sila pm untuk HARGA!!! 019-2941019
Akhi Mislee
-The Power of Gratitude-
Thursday, May 7, 2015
Bagaimana mahu mengekalkan fikiran positif yang sudah anda bina?
Bismillah
Mengomen dan mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah perbuatan buruk kerana Anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Apabila situasi berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, jangan komen, jangan komplen, jangan mengomel sampai ke laut.
Biarkan ia seadanya, biarkan sebegitu saja. Kerana Anda juga tidak mampu untuk mengubahnya. Latih diri Anda untuk tidak mempersoalkan. Untuk menjaga fikiran positif, jangan komen, jangan komplen, jangan ngomel.
Akhi Mislee
-The Power of Gratitude-
Monday, April 13, 2015
PERBEZAAN ILMU DAN HARTA
Bismillah
Saidina Ali Karramallahuwajhah pernah berkata:
ILMU adalah warisan nabi-nabi
HARTA adalah warisan Qarun dan Firaun.
Orang yang BERILMU banyak kawannya.
Orang yang BERHARTA banyak musuhnya
ILMU jika diberikan kepada orang lain ia bertambah.
HARTA jika diberikan kepada orang lain ia akan berkurangan.
Orang yang BERILMU disebut KARIIM (mulia)
Orang yang BERHARTA disebut BAKHIL (kedekut)
HARTA minta dijaga daripada pencuri
ILMU tidak memerlukan penjaga
Orang yang BERHARTA akan dihisab
Orang yang BERILMU mendapat syafaat
HARTA akan rosak dimakan zaman
ILMU tidak akan usang ditelan zaman
HARTA mengeraskan hati
ILMU melembutkan hati
Orang yang BERHARTA mengaku sebagai Tuhan (kerana hartanya)
Orang yang BERILMU mengaku sebagai Hamba.
Akhi Mislee
-The Power of Gratitude
Credit to www.mencarijalanbalik.wordpress.com
Thursday, April 9, 2015
2 Kunci Kejayaan : Tekun Dan Fokus
Kejayaan adalah tujuan setiap orang di dunia ini.
Sudah banyak orang yang memberikan nasihat-nasihat untuk meraih kejayaan dalam pelbagai bidang, ribuan buku telah diterbitkan dan banyak seminar tentang bagaimana mencapai kejayaan telah diadakan.
Kami juga ingin berkongsi tips yang mudah untuk berjaya dalam apa-apa jua bidang pun. Sebenarnya ada 2 tips yang apabila kita berpegang teguh pada 2 prinsip ini, maka kejayaan akan dapat dicapai, iaitu Tekun dan Fokus.
1. Mencapai Kejayaan dengan: Tekun
Ketekunan sinonim dengan sabar, gigih, pantang menyerah, dan istiqamah. Jika kita lihat tokoh-tokoh hebat yang terkenal, mereka mencapai kejayaan oleh kerana ketekunan mereka yang tinggi.
Thomas Edison, berjaya mencipta mentol setelah melakukan percubaan sehingga ribuan kali
Tekun juga bererti konsisten atau istiqamah.
Jika seseorang itu tekun belajar, maka itu ertinya orang tersebut belajar dengan rajin tanpa kenal lelah dan konsisten belajar setiap hari.
Dengan ketekunan yang dimiliki, segala macam rintangan dan kemalasan pada diri kita akan tunduk kepadanya. Ketekunan itu adalah jiwa kegigihan dan pantang menyerah untuk terus belajar dan berusaha.
Bukan orang bijak yang akan berjaya, tetapi orang yang tekun lah yang akan berjaya. Jika hanya orang bijak sudah pasti akan berjaya, maka itu adalah tidak adil. Kebijaksanaan adalah anugerah sedangkan tekun adalah usaha.
Pemenang tidak pernah berhenti dan mereka yang berhenti tidak akan pernah menang.
2. Mencapai Kejayaan dengan: Fokus
Tiada tokoh hebat yang terkenal kerana mempunyai kepakaran dalam berbagai bidang atau multiple-intelligent. Biasanya orang yang berjaya adalah mereka yang fokus pada bidangnya masing-masing.
Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari dikenali kerana berjaya membina empayar perniagaanya. Prof. B.J. Habibie adalah tokoh yang terkenal berjaya dalam industri aeronautics. Steve Jobs tokoh terkenal berjaya dibidang teknologi komputer.
Bahkan, Sultan Muhammad Al Fatih, penakluk yang berjaya menawan Kota Konstantinopel adalah seorang yang fokus dalam masalah peperangan. Sejak kecil sudah diceritakan oleh ayahnya tentang perang yang dihadapi oleh pasukan muslim melawan kafir.
Banyak yang belum kita ketahui mengenai kekuatan disebalik fokus itu sendiri. Semakin kita fokus pada satu hal, semakin ia akan memudahkan kita dalam mencapai sesuatu yang kita inginkan.
Bila kita memusatkan fokus, maka pelbagai informasi yang berhubungan dengan impian kita akan mudah masuk ke dalam fikiran kita. Dan sebaliknya jika kita tidak fokus, pikiran kita akan mudah dipesongkan oleh perkara-perkara yang tidak sesuai dengan target kita.
Credit to Muhamad Naim | Blog Akuislam
Wednesday, April 1, 2015
COKLAT TEMPE
Bismillah
Coklat pun ada mainstream atau tak ke?
Ye la....Boleh dikatakan semua brand coklat balik-balik letak hazlenut, walnut, almond, raisin......
Tapi coklat ni tak mainstream....ini adalah....
"Coklat Tempe"...... :)
Serius...
Bagi anak rasa seketul tadi, dia kata "Nak lagi ayah? Boleh la....Boleh la....
Padahal sebelum ni anak bukan suka makan coklat yang ada kacang ni....
P.S - Katanya waktu MAHA 2014 telah terjual lebih 10 ribu bijik
P.P.S - Tak tau sebab apa,,,bila sebut tempe je teringat kat Khir Toyo :)
Thursday, March 26, 2015
PROMOSI JUALAN INSPIRED LACOSTE MAN
TAK BERBULU
TAK KECUT LEPAS BASUH
BELI SEPASANG RM80.00
-The Power of Gratitude-
Tuesday, March 17, 2015
RAHSIA BERSIHKAN KOLAM JIWA
BACA DENGAN GEMBIRA **
MEMBACA itu WAJIB
>>>>RAHSIA PEMBERSIHAN KOLAM JIWA YANG PALING BERKESAN MENARIK REZEKI<<<<
EDISI 5 TERBAIK (BEST SELLER)
----------------
“Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di DUNIA dan di AKHIRAT”
SANGAT SESUAI UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI PENYAKIT DI BAWAH:
1) DENGKI
2) SAKIT HATI DENGAN ORANG
3) CEMBURU
4) MURUNG
5) SEDIH
6) MASALAH KOMUNIKASI
7) LALAI
8) LUPA
9) TAK CUKUP DUIT
10) MERASA DIRI HEBAT
11) RIAK
12) BERCELARU
13) TIDAK TENANG TIDUR
14) SUKA FIKIR MASALAH
15) TIDAK TAHU MEMBETULKAN NIAT
16) SUKA FIKIR BUKAN-BUKAN
Dan banyak lagi..
Jika dibaca penuh penghayatan
LIHAT APA KATA PEMBACA EBOOK 70 FORMULA REZEKI INI
=====================================
"Baru2 akak dilanda satu masalah dlm diri akak.... masa tu mmg lost.. sehingga akak rasa mcm gelap aje dunia ni pada kemuncak masalah tu.. sehingga satu mlm... akak baca blk ebook nora hingga tertidur.. bangun pagi.. akak rasa lain sgt.. mcm ada satu semangat baru.. masalah tu jd kecik pulak.. start dari mlm tu.. mmg akak akan selalu baca.. bila akak fikir balik... baru akak perasan.. ebook nora kandungan dia "happy2..".. membakar semangat.. sbb tulah.. kalau akak bc seblm tidur.. bila bangun pagi mood jd happy n bersemangat...." -CIKPUAN NOR ZAHIDAH ARIFFIN
BERMINAT MILIKI EBOOK INI? TEMPAH SEKARANG.
500% BERKESAN. SETIAP HARI PASTI TERSENYUM 24 JAM.
Jaminan wang dikembalikan 500% tanpa ragu.
TEKAN SINI SEKARANG SEBELUM TAWARAN DITUTUP------>>>
<<< http://bit.ly/1Ghhrzv>>>
<<< http://bit.ly/1Ghhrzv >>>
<<< http://bit.ly/1Ghhrzv >>>
Akhi Mislee
-The Power of Gratitude-
Friday, March 13, 2015
RESEPI MENJADI JUTAWAN BERTAQWA : KAYA HARTA KAYA HATI!!!
Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaf : 16)
Surah Al Waqiah dan surah Al Mulk setiap malam.
Surah Yaasin setiap pagi.
Qiyamulail walau hanya 2 rakaat Tahajud dan 3 rakaat Witir.
Istighfar 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus).
Selawat 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus).
Lailahaillah 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus).
Solat Dhuha 2 rakaat setiap pagi (kalau boleh wajibkan).
Sedekah sekurang-kurangnya RM1 seminggu.
Solat awal waktu.
Berkata hanya yang positif atau diam.
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim: 7)
Ayat di atas menjelaskan bahawa apabila kita banyak bersyukur, Allah akan tambah nikmat-Nya kepada kita. Syukur ibarat penghargaan daripada seorang hamba kepada Tuhannya iaitu Allah.
“Terima kasih ya Allah, aku ada makanan untuk dimakan hari ini”
“Terima kasih ya Allah, aku dapat on9 internet untuk uruskan bisnes aku”
Ketika hendak berdoa, kuatkan keyakinan yang doa anda pasti dimakbulkan. Langkah seterusnya adalah melantunkan keingingan-keinginan anda dengan tegas. Jangan ragu-ragu. Jangan fikirkan bagaimana kerana Allah itu Maha Besar. Percayalah adanya rezeki yang tidak disangka-sangka.
“Saya bersyukur mendapat duit yang banyak dan kehidupan yang selesa”.
“Saya gembira mendapat kemudahan urusan daripada Allah dalam kehidupan seharian saya”.
“Saya bersyukur dan bahagia kerana membahagiakan ibu bapa dan mereka gembira apabila berada di sisi saya”.
“Terima kasih Allah, sesungguhnya nikmat Kau terlalu banyak untuk aku hitung dan takkan termampu untuk aku hitung. Oleh sebab itu, aku ingin mengucapkan terima kasih atas segalanya pada hari ini”
“Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik. Tidaklah ini berlaku melainkan hanya kepada orang mukmin, jika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan, dia bersyukur maka itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu juga baik baginya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
Semoga apabila lebih banyak nikmat-Nya hadir dalam hidup kita, kita menjadi hamba-Nya yang lebih banyak bersyukur, lebih lama qiyamuilail dan lebih lama sujudnya. Aamiin (Sumber: Petikan buku Quranic Law of Attraction)
Thursday, February 12, 2015
Yakinlah, Rahmat Allah S.W.T. Itu sangat Luas
Bismillah
Rahmat Allah s.w.t. kepada hamba-Nya sangatlah luas. Tiada had. Tidak terbatas. Rahmat-Nya mengatasi kemurkaan-Nya. Inilah kasih sayang-Nya terhadap hamba-Nya. Firman Allah s.w.t.:
قُلْ لِمَنْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ قُلْ لِلَّهِ كَتَبَ عَلَى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ (١٢)
Maksudnya: Katakanlah: Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi. Katakanlah: Kepunyaan Allah. Dia telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang. (Al-An’aam: 12)
Wednesday, February 11, 2015
PROMOSI JUALAN TSHIRT LACOSTE UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN
Inspired Lacoste Man & Woman
Harga Promosi RM45.00
15 colour Ready Stock
Size: S, M, L, XL
Gred AAA
Made in France
Kilang di Hong Kong
Kalau borong...minimum 30 helai
Whatsapp : 019-2941019 untuk sebarang pertanyaan
POS AKAN DIBUAT SETIAP HARI ISNIN SAHAJA....TERIMA KASIH
SETIAP DUGAAN ITU ADALAH PELAJARAN
Hadith:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.
Riwayat Al-Hakim
Sunday, February 8, 2015
[CONSULTANT BANK MALAYSIA DEDAH RAHSIA KEKAYAAN]
Berikut dikongsikan kisah benar bagaimana seorang lelaki boleh menjadi kaya dengan hanya membuka Car Wash. Apakah rahsianya?
Kisah benar 12/8/2014
Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Pekan Balakong. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.
Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas. Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.
Aku pun bertanya,
"Kereta bos ke tu?"
Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...
"Dari mana bos?"
Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?
Consultant jawabnya.
Oooh...
"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia.
"Waww"!!!
Mesti best jawab hati aku.
"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.
Aku tanya dia, "Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"
Dia tersenyum dan katanya,
"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal. Saya bermula dari kecil. Mula ada RM10k, kemudian RM20k, RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan. Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.
Aku terdiam..
"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,
"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.
"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam. Minta sungguh-sungguh. Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'. Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap,
"Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!"
Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada dia macam tu?,"
Dammm !!!
Tersentap aku..
Katanya lagi,
"Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya, "Awak solat tak 5 waktu?"
Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,
"Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," katanya.
Ada yang berkata, "Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid. Jika saya, bawa Kancil je." Katanya,
"Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import.
"Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising. Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC. 10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur.
Satu lagi pesan saya. "Berkawan", kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh membawa kita kep ada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat.
Dunia ini pinjaman. Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.
Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.
InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.
Sampaikan...
Copy & paste.
Sharing is Caring. Caring is Loving..
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Apa yg kita ada hanyalah pinjaman tapi bagaimana kita manfaatkan pinjaman yang diberikan olehNya?
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
#ambil dunia,jgn lupa akhirat.
Friday, February 6, 2015
MARILAH KITA BERSYUKUR
-The Power of Gratitude-