Betapa pentingnya kita perlu bersyukur dengan apa yang yang kita ada.Dan di sini saya akan bongkarkan sebabnya kenapa kita perlu bersyukur:
1. Lebih banyak Anda bersyukur, lebih banyak yang Anda akan dapat.
Pengalaman setiap seorang daripada kita berbeza, sebab kita masing-masing terlibat dalam situasi berbeza menyebabkan kita mengalami masalah berbeza. Rajin mengucapkan syukur membuatkan masalah Anda cepat selesai menjadikan situasi di sekeliling Anda bertukar menjadi situasi-situasi positif, bukannya situasi-situasi negatif lagi. Persekitaran hidup Anda adalah tamsilan kepada apa yang Anda selalu fikirkan.
Bagaimana untuk membuatkan masalah cepat selesai? Didik hati Anda menjadi hati yang selalu bersyukur, syukur yang diucap ikhlas dari hati tanpa dilakonkan, tanpa dipaksa-paksa. Ucapkan syukur dan rasa berterima kasih kepada Tuhan kerana memberikan semua apa yang Anda ada hari ini – misalnya kesihatan Anda, laptop Anda, rumah Anda, baju-baju kesayangan Anda.
Ucapkan syukur kerana Anda dapat memiliki setiap satu barang-barang kepunyaan Anda, dari sekecil-kecil barang sampailah ke sebensar-besar barang. Lebih banyak Anda bersyukur, tak semena-mena Anda akan dapat lebih banyak lagi dari sumber yang tak disangka-sangka.
Ini bukan megik, tapi sains minda. Cepat atau lambat kesannya untuk nampak, bergantung pada seberapa kerap Anda mengucapkan syukur dan seberapa ikhlas Anda bersyukur.
2. Rajin bersyukur akan membuat Anda semakin bermotivasi.
Hari ini ramai orang di luar sana bertanya: “bagaimana nak bermotivasi?”. Realitinya, mereka dan Anda jadi tidak bermotivasi sebab fikiran Anda menumpu kepada masalah, iaitu perkara-perkara di luar diri Anda.
Jika Anda menumpu fikiran kepada kelebihan-kelebihan diri, potensi diri dan apa yang ada disekeliling, iaitu perkara-perkara di dalam diri Anda, kesannya Anda akan rasa bermotivasi. Motivasi yang Anda rasai itu akan kekal lama, bukannya sekejap-sekejap saja.
Semua kita memerlukan motivasi – motivasi dalam usaha nak berjaya dalam peperiksaan, nak berjaya dalam pekerjaan, nak berjaya dalam perniagaan atau nak berjaya dalam aspek kekeluargaan. Melatih diri untuk rajin bersyukur akan membuat kita jadi bermotivasi sentiasa, sebab kita nak menjadi baik, menjadi bagus lalu berusaha mencapai kebagusan dalam apa jua yang kita lakukan.