Tuesday, January 26, 2010

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURUS


PERLUNYA UNTUK MENGURUS

Mengurus memerlukan usaha yang berterusan dan masa untuk mencapainya. Membiarkan sesuatu yang berlaku nampak mudah tetapi pada hakikatnya ia adalah tidak semudah seperti yang disangka sekiranya jika kita tidak pasti apa yang terbabit dalam menguruskan sesuatu secara efektif. Pemahaman secara efektif dalam mengambil langkah-langkah yang berguna amat perlu dalam kita menguruskan sesuatu.

TIDAK TAHU MATLAMAT ANDA

Keperluan mengurus akan menjadi lebih mudah sekiranya anda tahu apa yang anda mahu capai. Malangnya, ianya tidak selalu dapat dicapai kerana kurangnya perhatian terhadap apakah matlamat anda? Maknanya anda tidak tahu apakah matlamat anda dan adakah anda berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya? Sekiranya matlamat anda masih kabur, anda selalunya akan hilang arah tujuan. Anda akan melakukan sesuatu mengikut apa yang anda fikir betul dengan mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku. Ini bukanlah satu formula atau resipi yang membolehkan anda mencapai kejayaan secara konsisten.

Kebanyakan orang masih enggan untuk bertanya soalan, “apakah yang mampu mereka capai?” Ini adalah kerana mungkin mereka menganggap bahawa dengan bertanya soalan seperti ini akan menunjukkan kelemahan diri mereka atau lebih teruk lagi kebodohan mereka. Tetapi sekiranya anda tidak memahami apakah matlamat anda, bagaimana pula dengan orang lain. Anda seharusnya tidak perlu takut untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat anda. Sekiranya matlamat anda jelas, ini akan memudahkan anda untuk melakukan sesuatu mengikut garis panduan yang betul.

TIADA KERJASAMA

Ramai orang berfikir bahawa mengurus adalah dengan memberi arahan kepada orang bawahan tanpa memikirkan apakah arahan kita benar-benar mencapai matlamat sebenarnya seperti apa yang kita inginkan. Kebanyakan orang akan membuat sesuatu mengikut seperti apa yang telah diarahkan tetapi mereka kadangkala tidak membuat kerja itu seperti yang telah ditetapkan. Sikap adalah sesuatu yag amat susah untuk kita mengendalikannya kerana manusia itu terdiri dari berbagai ragam. Amat susah untuk kita mengendalikan sikap-sikap mereka itu. Oleh itu langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengenalpasti adakah arahan itu tercapai, kita perlulah bekomunikasi secara jelas dan nyata tentang objektif kita, mengambil berat tentang kerja-kerja yang telah diberi serta berbincang dengan mereka tentang masalah yang timbul dari kerja-kerja tadi.Ini Kerjasama yang terjalin akan memberikan kerja yang berkualiti serta mencapai standard yang telah ditetapkan.

2 comments:

ery said...

idea yg baik... TQ

Unknown said...

terima kasih di atas komen anda