Friday, January 29, 2010

KEJAYAAN TULIN PERLUKAN UJIAN UNTUK MEGUJI TAHAP KESABARAN


“Gagal” sebenarnya tidak wujud, ianya hanyalah istilah perkataan sahaja. Kegagalan hanyalah satu peristiwa sebelum kejayaan berlaku. Kegagalan sebenar adalah apabila anda tidak melakukan sesuatu perkara yang hendak anda lakukan ataupun anda berhenti melakukan perkara yang anda telah berniat hendak lakukan. 

Katakan anda telah berniat untuk melakukan sebuah perniagaan kedai runcit, semangat anda berkobar-kobar untuk memulakannya tetapi oleh sebab seorang rakan karib anda memberitahu bahawa betapa sukarnya untuk memulakan sesuatu perniagaan dan memberi anda nasihat supaya melupakan sahaja hasrat anda tiba-tiba sahaja semangat anda terus terhenti.


Sebenarnya apa yang berlaku ini adalah anda telah gagal dek kerana ‘nasihat’ rakan karib anda tadi.Saat anda berniat dan percaya yang anda boleh lakukan adalah satu realiti masa hadapan telah tersedia untuk anda. Namun harus diingat bahawa Allah SWT menyediakan sedikit cabaran kepada hambanya sebagai ujian kesabaran anda. Kesabaran itu adalah sebagai kayu pengukur terhadap keimanan anda. Rasullallah SAW bersabda “Sabar itu separuh daripada iman”.

Jangan sesekali menganggap ujian Allah SWT sebagai batu penghalang yang sengaja dicipta oleh Allah untuk menggagalkan usaha murni anda.Harus diingat bahawa ujian yang diturunkan itu adalah sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan dengan membuat pemeriksaan semula ke atas sebarang kekurangan diri. Ujian ini akan memantapkan lagi diri anda untuk mencapai kejayaan yang diimpikan sebenarnya.

Ingatlah bahawa matlamat anda tidak boleh tercapai bagaikan sakti……..yang tiba-tiba terpacul di depan mata. Kehidupan di dunia ini tertakluk kepada Qada dan Qadar. Seterusnya jika anda menjadi hamba yang sentiasa bersyukur di atas setiap apa yang anda ada, maka lebih mudahlah anda mendapat petunjuk ke atas menjayakan matlamat anda.

“Nothing is imposible, because imposible is nothing.”

No comments: