Thursday, January 8, 2015

Mahu Anak Anda Pintar & Pandai Membaca Sebelum Masuk Tadika?

Ketahui bagaimana mendidik anak anda menjadi anak yang pintar cerdas dan pandai membaca sejak kecil disini..


Assalammualaikum & salam sejahtera buat ibu-ibu serta bakal ibu.

 Boleh dikatakan, hampir semua ibu-bapa inginkan anak mereka menjadi anak yang pintar dan cerdas. Namun, seringkali, tanggungjawab untuk mendidik anak itu, diserahkan bulat-bulat kepada pihak penjaga, nursery, guru tadika dan kadangkala ada juga yang menyerahkannya kepada orang gaji. 

 Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa teknik dan formula yang boleh digunakan, ia sebenarnya bermula dari sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi. 

Ramai Ibu-Bapa Kini, Mendidik Anak Mereka, Sepertimana "Ibu-Bapa Mereka Dahulu" Mendidik Mereka..

 Namun begitu, untuk ibu-ibu yang sudah melahirkan anak, usah risau, ianya masih belum terlambat untuk membentuk anak-anak anda untuk menjadi anak yang pintar dan cerdas. Ramai Ibu-Bapa Kini, Mendidik Anak Mereka, Sepertimana "Ibu-Bapa Mereka Dahulu" Mendidik Mereka.. Zaman sudah berubah, dulu anak-anak yang berumur 4-6 tahun, banyak bermain nyorok-nyorok, kejar-kejar, cakar ayam, teng-teng dan sebagainya.. tetapi kini, anak-anak yang berumur 3 tahun pun sudah ada ipad/tablet sendiri. Pesan Saiyidina Umar R.A "Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya.." . Jadi, beruntunglah anda yang menjumpai website ini!

No comments: