Tuesday, November 24, 2009

3 sebab mengapa Anda perlu rajin-rajin bersyukur


Betapa pentingnya kita perlu bersyukur dengan apa yang yang kita ada.Dan di sini saya akan bongkarkan sebabnya kenapa kita perlu bersyukur:


1. Lebih banyak Anda bersyukur, lebih banyak yang Anda akan dapat.

Pengalaman setiap seorang daripada kita berbeza, sebab kita masing-masing terlibat dalam situasi berbeza menyebabkan kita mengalami masalah berbeza. Rajin mengucapkan syukur membuatkan masalah Anda cepat selesai menjadikan situasi di sekeliling Anda bertukar menjadi situasi-situasi positif, bukannya situasi-situasi negatif lagi. Persekitaran hidup Anda adalah tamsilan kepada apa yang Anda selalu fikirkan.

Bagaimana untuk membuatkan masalah cepat selesai? Didik hati Anda menjadi hati yang selalu bersyukur, syukur yang diucap ikhlas dari hati tanpa dilakonkan, tanpa dipaksa-paksa. Ucapkan syukur dan rasa berterima kasih kepada Tuhan kerana memberikan semua apa yang Anda ada hari ini – misalnya kesihatan Anda, laptop Anda, rumah Anda, baju-baju kesayangan Anda.

Ucapkan syukur kerana Anda dapat memiliki setiap satu barang-barang kepunyaan Anda, dari sekecil-kecil barang sampailah ke sebensar-besar barang. Lebih banyak Anda bersyukur, tak semena-mena Anda akan dapat lebih banyak lagi dari sumber yang tak disangka-sangka.

Ini bukan megik, tapi sains minda. Cepat atau lambat kesannya untuk nampak, bergantung pada seberapa kerap Anda mengucapkan syukur dan seberapa ikhlas Anda bersyukur.

2. Rajin bersyukur akan membuat Anda semakin bermotivasi.

Hari ini ramai orang di luar sana bertanya: “bagaimana nak bermotivasi?”. Realitinya, mereka dan Anda jadi tidak bermotivasi sebab fikiran Anda menumpu kepada masalah, iaitu perkara-perkara di luar diri Anda.

Jika Anda menumpu fikiran kepada kelebihan-kelebihan diri, potensi diri dan apa yang ada disekeliling, iaitu perkara-perkara di dalam diri Anda, kesannya Anda akan rasa bermotivasi. Motivasi yang Anda rasai itu akan kekal lama, bukannya sekejap-sekejap saja.

Semua kita memerlukan motivasi – motivasi dalam usaha nak berjaya dalam peperiksaan, nak berjaya dalam pekerjaan, nak berjaya dalam perniagaan atau nak berjaya dalam aspek kekeluargaan. Melatih diri untuk rajin bersyukur akan membuat kita jadi bermotivasi sentiasa, sebab kita nak menjadi baik, menjadi bagus lalu berusaha mencapai kebagusan dalam apa jua yang kita lakukan.

3. Rajin bersyukur membuat sesiapa saja merasa senang berkomunikasi dengan Anda.

Jika Anda usahawan, peniaga atau individu yang terlibat dalam dunia bisnes, Anda akan berurusan, berjumpa serta berkomunikasi dengan ramai orang. Sudah tentu Anda mahu menjual sesuatu, menawarkan sesuatu atau nak menarik minat orang lain supaya ikut kemahuan Anda memilih sesuatu.

Hati yang rajin bersyukur dapat membuat orang lain cepat tertarik dengan Anda, kerana di hati Anda ada ‘cahaya’. Cahaya itu mempengaruhi aura Anda lantas mengubah aliran tenaga di sekeliling badan Anda menjadi positif, memikat dan menyenangkan.

Ini yang saya namakan ‘chain-reaction’ di antara hati-minda-aura-tenaga.

Setiap satunya saling berkait dan bertimbal-balik, namun pemulanya adalah dari hati kita. Seorang usahawan yang berjaya, dia adalah orang yang rajin bersyukur. Walaupun dia tak pernah cakap, dia tak pernah tunjuk tapi dalam diam dia adalah orang yang banyak bersyukur, biasanya mengucapkan rasa kesyukuran beratus kali dalam sehari, bukan sekadar berpuluh kali.

Bukan sahaja dalam dunia perniagaan, dalam kehidupan kita seharian sikap rajin bersyukur boleh mengubah suasana menjadi tenang, damai dan ceria terutama dalam hubungan cinta dan hubungan suami isteri. Teknik yang sama boleh membuat kita bergaul baik dengan orang yang selalu menyakitkan hati, orang-orang skeptik, orang-orang bersikap negatif juga orang-orang yang busuk hati.

Ini yang dicari-cari oleh ramai orang apatah lagi dalam kehidupan sekarang yang serba kompetitif, menjadikan usaha mewujudkan kedamaian dan keceriaan di rumah mahupun ditempat kerja seolah-olah menjadi satu perkara mustahil.

Kerajinan bersyukur memang boleh mendatangkan keajaiban dan mendatangkan pelbagai kegembiraan dari pelbagai arah yang kita tak sangka-sangka

No comments: